Di antara lapisan gaya yang bersahaja dan helaian pernyataan yang memikat pandangan, pesona musim ini diabadikan menerusi kenangan bercetak yang peribadi dan bermakna. ELLE mempersembahkan lembaran fesyen bulan November, daripada Ralph Lauren, Longchamp sehinggalah Chanel bersama model Ami N.
Suede Benefits

Selain denim dan kulit licin, fabrik sued juga merupakan pilihan versatil yang trendy dalam almari pakaian. Jaket sued dengan sulaman manik dan perincian jumbai? Pastinya lebih memikat!
Gaun, jaket dan tali pinggang daripada POLO RALPH LAUREN
Komposisi Anggun

Siapa kata teknik layering harus sarat dengan elemen maksimalis? Chanel mentafsir semula seni lapisan menerusi sentuhan elegan yang penuh gaya.
Bodysuit, jaket, kot, skirt, rantai, subang dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada CHANEL
Jalinan Tekstur

Rahsia gaya sebenarnya terletak pada permainan tekstur. Satukan material yang berbeza untuk mencipta kontras yang menarik, tanpa perlu aksesori berlebihan.
Gaun dan skirt daripada TORY BURCH. Anting-anting milik penata gaya
Hot To Go!

Ringkas dan chic! Untuk hari dimana anda tidak mahu terlalu memikirkan tentang gaya, romper kulit menjadi pilihan throw-on-and-go yang sempurna.
Romper dan beg tangan daripada LOUIS VUITTON
Basic Instinct

Helaian asas tetap mencuri perhatian dengan penggayaan yang tepat. Sempurnakan penampilan dengan kasut tumit tinggi untuk sentuhan memikat.
Kot, baju panas, seluar, kasut tumit tinggi dan anting-anting daripada GUCCI. Gelang cuff milik penata gaya
Breaking News

Cetakan akhbar kembali mencuri tumpuan di Dior, diberi nafas baharu untuk melengkapi gaya moden. Gayakannya mengikut cita rasa anda dan biarkan motif ikonik ini memancarkan tarikannya.
Jaket, blaus, skaf (dililit pada pinggang sebagai skirt), beg tangan dan anting-anting, kesemuanya daripada DIOR
Ekspresi Diri

Merah dan kelabu adalah padanan sempurna dalam dunia fesyen! Biarkan merah mencuri tumpuan sebagai aksen berani, manakala kelabu menjadi rona neutral yang mengimbangi keseluruhan penampilan.
Jaket, skirt dan anting-anting daripada COACH
Ragam Corak

Corak Aztec juga boleh dipadankan dengan fabrik korduroi. Topi korduroi berwarna jingga pula menyuntik percikan warna yang segar, sekali gus memberikan sentuhan bersahaja pada penampilan.
Baju panas, kemeja, seluar, topi dan kasut sarung, kesemuanya daripada POLO RALPH LAUREN
Blue on Black

Percikan biru langit melembutkan penampilan serba hitam dengan sentuhan yang halus.
Kemeja dan seluar pendek mini daripada DOLCE & GABBANA. Seluar sendat, stoking dan anting-anting milik penata gaya
Camouflage

Pilihan outerwear terbaik musim ini! Corak liar kini tampil dalam edisi musim dingin, diinspirasikan oleh corak penyamaran semula jadi harimau bintang salji.
Kot, stoking dan kasut tumit tinggi daripada LONGCHAMP. Anting-anting milik penata gaya.
Better In Denim

Denim-on-denim mungkin tampak biasa, namun permainan lapisan dan sentuhan warna menerusi aksesori mampu menyuntik dimensi baharu untuk fabrik tahan lasak ini.
Jaket, weskot, jean, kaca mata hitam dan beg tangan daripada POLO RALPH LAUREN
Go Big

Anting-anting chunky menjadi aksesori pelengkap yang menyerlahkan gaya dengan mudah, sama ada digayakan bersama helaian kasual mahupun busana malam yang sofistikated.
Gaun dan anting-anting daripada VALENTINO
Mahkota Kasual

Musim ini, kuasai seni menggayakan beanie untuk tampil bak bintang gaya jalanan. Aksesori ringkas ini mampu mentransformasikan penampilan ringkas menjadi lebih berkarakter.
Gaun, seluar, beanie, kasut tumit tinggi dan anting-anting, kesemuanya daripada BOTTEGA VENETA
Penyelaras & Penata Gaya Athirah Zahra Arahan Seni Iera Nadzlim Fotografi Cham Zihao Pembantu Studio Saiful Azwan & Joseph Wong Solekan Jijie Zainal Dandanan Hamidi Jamili Model Ami N/ Wu Models Pelatih Amali Zulaikha Najwa & Amier Hieman

