Sukan tinju menjadi metafora utama dalam ‘Seni Kombat’, sebuah lembaran fesyen untuk isu ELLE November 2026 yang meneroka tema cita-cita, ketahanan diri dan transformasi peribadi menerusi penceritaan visual sinematik. Menggabungkan dunia fesyen dan sukan, visual ini menampilkan estetika monokrom yang diperkaya dengan permainan tekstur, struktur dan siluet. Setiap rona serta perincian membentuk ekspresi tersendiri, menyerlahkan keunikan setiap gaya.
Black Rules

Campuran tekstur menerusi rantai berona emas dan sarung tangan berkilat menghilangkan kebosanan pada gaya serba hitam.
Blaus, seluar, sarung tangan dan coker, kesemuanya daripada MAX MARA
Anarki Biru

Dominasi biru lembut dalam padanan dekonstruktif diseimbangkan dengan corak madras yang menyuntik semangat grunge.
Korset, skirt dan sarung lengan daripada JANE WADE
Soft Sculpture

Harmoni biru pudar menyerlah bersama tekstur fabrik, sementara peplum berstruktur memberikan definisi pada siluet.
Bustier dan seluar daripada AKNVAS. Anting-anting daripada ALEXIS BITTAR
Second Skin

Permainan lapisan bodycon menterjemahkan visi atletik yang moden, sementara aksen merah menyerlah sebagai pernyataan gaya.
Bodysuit, bralette dan seluar sendat daripada TTSWTRS. Sarung tangan tinju daripada EVERLAST. Sandal daripada SIMKHAI
Kemewahan Bersahaja

Keanggunan sutera terungkap menerusi palet monokrom yang serba minimal.
Kemeja dan seluar daripada ALEXANDER WANG
Dimensi Flora

Fokus diberikan sepenuhnya pada rona kulit burgundy gelap. Bunga-bunga tiga dimensi mencetuskan permainan tekstur yang memikat.
Gaun mini daripada SIMKHAI
Dimensi Flora

Fokus diberikan sepenuhnya pada rona kulit burgundy gelap. Bunga-bunga tiga dimensi mencetuskan permainan tekstur yang memikat.
Gaun mini daripada SIMKHAI
Fotografi & Produksi Dominika Jarczynska Pembantu Fotografi Stefan Muse Model Nikita Wiorek/ The Lions Management Penataan Gaya & Arahan Seni Iryna Li Pembantu Penataan Gaya Daria Zeitler Solekan Shiori Sato Dandanan Shihori Komuro Lokasi Trinity Boxing Studio 100 Sutton Studios Teks Athirah Zahra

