Langgan

Setiap Detik, Ada Cerita: Eyka Farhana & Bay Doucet Tentang Perjalanan Kehidupan

Kerana setiap detik begitu berharga.
2 minit untuk membaca
Published: November 26, 2026

Masa tidak pernah bergerak dengan cara yang sama buat setiap orang. Ada yang menggunakannya untuk membina impian, ada yang menemui makna baharu dalam perubahan, sementara ada yang belajar menghargai detik-detik kecil di sepanjang perjalanan. Buat Eyka Farhana dan Bay Doucet, masa bukan sekadar tentang angka pada jam, tetapi tentang segala pengalaman yang membentuk siapa diri mereka hari ini.

Bab Baharu

Bagi Eyka, kehidupan kini membuka lembaran yang berbeza. Dikenali menerusi kerjayanya sebagai pelakon, dia kini turut menggalas peranan baharu sebagai seorang ibu. Satu perubahan besar yang membawa perspektif berbeza terhadap masa, keutamaan dan perkara yang benar-benar bernilai dalam kehidupannya.

Cincin dan subang daripada Chanel Coco Crush. Jam Tangan daripada Chanel Première.

Menerusi Bab Baharu, Eyka meraikan fasa kehidupan yang hadir dengan pengalaman dan tanggungjawab baharu. Jika sebelum ini perjalanan kerjayanya banyak dibentuk oleh watak-watak yang dibawakan di layar, kini terdapat satu lagi sisi dirinya yang terus berkembang di luar dunia lakonan. Keibuan membuka ruang untuk mengenali kehidupan daripada sudut yang berbeza, sekali gus mengingatkannya bahawa setiap fasa mempunyai cerita tersendiri.

Timelessly, Her

Dalam dunia yang bergerak pantas, Bay memahami bahawa setiap detik membawa peluang untuk mencipta sesuatu yang bermakna. Sebagai seorang content creator dan entrepreneur, kehidupannya tidak hanya berkisar tentang apa yang dilihat di hadapan kamera. Di sebalik kandungan digital yang dikongsi bersama pengikutnya, terdapat perjalanan membina identiti, mengembangkan cita-cita dan mengusahakan sesuatu yang benar-benar mencerminkan dirinya.

Gelang, subang dan cincin daripada Chanel Coco Crush. Jam tangan daripada Chanel Première.

Timelessly, Her menjadi refleksi terhadap perjalanan tersebut. Bagi seorang wanita yang sentiasa bergerak antara kreativiti dan dunia perniagaan, masa hadir sebagai ruang untuk bereksperimen, belajar dan berkembang. Setiap pengalaman, sama ada kejayaan mahupun cabaran, menjadi sebahagian daripada proses mengenali dirinya dengan lebih dekat. Kerana pada akhirnya, menjadi seorang wanita yang berjaya bukan hanya tentang sejauh mana kita melangkah, tetapi juga tentang bagaimana kita kekal setia kepada diri sendiri sepanjang perjalanan.

Dua Wanita, Dua Fasa Kehidupan

Dua wanita ini mungkin berada pada perjalanan yang berbeza, namun kedua-duanya berkongsi satu persamaan: kesediaan untuk menerima perubahan dan terus berkembang mengikut waktu. Bay melihat masa sebagai peluang untuk membina dan mencipta, manakala Eyka menemui makna baharu dalam sebuah bab kehidupan yang tidak pernah sama seperti sebelumnya.

Melengkapi kisah ini ialah Chanel Première, sebuah jam tangan yang meraikan hubungan antara masa, gaya dan identiti wanita. Dengan estetika yang tersendiri, ia menjadi pelengkap kepada dua perspektif berbeza tentang kehidupan dan perjalanan seorang wanita.

Kerana masa bukan hanya tentang detik yang berlalu. Ia juga tentang impian yang direalisasikan, perubahan yang diraikan dan kenangan yang ingin disimpan selama mungkin. Dan dalam setiap bab kehidupan, ada sesuatu yang menjadikan perjalanan seorang wanita begitu istimewa.

KREDIT

PENYELARAS SARAH HANI JAMIL 

ARAHAN DIGITAL SRI AZNI

VIDEOGRAFI DENNIS KHO

FOTOGRAFI AMANIA

PENATAAN GAYA ARDI IDEWANI DIBANTU OLEH ATHIRAH ZAHRA

SOLEKAN RAE SEOK

DANDANAN CODY CHUA

LOKASI THE RITZ-CARLTON KUALA LUMPUR

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down