Langgan

HARI - Jenama yang Membawa Anda Ke Era Baru!

Dari Plushie Berhijab ke Beg Ikonik The Nük
2 minit untuk membaca
Published: October 28, 2025

Dalam dunia fesyen yang sering berubah pantas, HARI memilih pendekatan yang berbeza untuk kali ini. Dengan bermula sebagai jenama tudung sederhana kini berkembang menjadi satu gerakan yang meraikan identiti, komuniti dan penceritaan visual yang inklusif. Melalui pelancaran HARI Cats Blind Box, HARI Beach Club dan The Nük Bag, jenama ini mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam memperluas representasi modest melalui gaya hidup dan kreativiti.

HARI Cats Blind Box

Selepas setahun, Hari memperkenalkan HARI Cats Blind Box. Koleksi plushie yang mewakili komuniti modest. Setiap patung kucing hadir dengan keperibadian berasaskan MBTI, mewakili pelbagai sisi diri pemiliknya. Dihasilkan dalam tujuh warna simbolik untuk setiap hari dalam seminggu, siri ini memperkenalkan edisi terhad ‘Polka Scarf Cat’. Watak ini tampil dengan personaliti unik dan sikap IDGAF - I Don’t Give A Fish.

Kotak misteri (blind box) ini diinspirasikan daripada tin sardin. Ia dibuka melalui gerakan koyakan dari atas, menjadikan pengalaman unboxing lebih menyeronokkan dan penuh nostalgia. Segalanya selaras dengan identiti jenama yang ceria serta berjiwa muda.

Lebih daripada sekadar barangan koleksi, Hari Cats menjadi simbol representasi yang lembut dimana satu langkah kecil buat komuniti yang selama ini jarang diberi perhatian.

HARI Beach Club

Untuk meraikan pelancaran ini, HARI menganjurkan HARI Beach Club, satu percutian komuniti tiga hari yang menggabungkan pelanggan dan pencipta kandungan dalam suasana santai dan penuh keakraban. Namun di sebalik aktiviti dan lokasi, inti utamanya kekal jelas dimana HARI bukan sekadar jenama tetapi satu komuniti yang hidup.

Kerjasama dengan jenama penjagaan kulit tempatan Tatagaltier turut melahirkan HariTata gabungan antara gaya dan penjagaan diri. Melalui pendekatan ini, HARI menegaskan bahawa jenama moden bukan sekadar menjual produk tetapi mencipta hubungan yang tulen dengan mereka yang mempercayainya.

The Nük Bag 

Tidak berhenti pada plushie dan pengalaman komuniti, Hari turut memperkenalkan The Nük Bag. Beg berstruktur lembut yang diperbuat daripada kulit vegan. Melalui lima pusingan proses sampling untuk mencapai bentuk sempurna, beg ini menzahirkan falsafah reka bentuk HARI iaitu keseimbangan antara fungsi, bentuk dan keindahan harian.

The Nük Bag hadir dalam tiga warna klasik seperti Hitam, Burgundy dan Coklat. Setiap satu dibungkus dalam kotak magnetik eksklusif yang menonjolkan kesempurnaan dalam setiap perincian.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down