Langgan

Le Smart, Beg Mesti Ada Untuk Wanita On-The-Go

Amaran: hati-hati ketika membaca, koleksi baharu daripada Longchamp ini mungkin tersenarai dalam wishlist anda.
2 minit untuk membaca
Published: December 9, 2025
le smart

Rekaan beg tote dan beg bucket telah lama menghiasi pasaran dan sehingga kini ia terus menjadi ikon fesyen yang memikat hati para penggemar fesyen. Ciri-cirinya yang praktikal menjadikannya sebagai item asas yang tidak pernah ketinggalan dalam setiap almari moden.

Musim ini, Longchamp memperkenalkan koleksi baharu ‘Le Smart’. Dan percayalah, ia pasti bakal menjadi salah satu beg dalam koleksi peribadi, sejurus selepas habis membaca artikel ini.

Walaupun koleksi Le Smart mungkin baru sahaja diperkenalkan, reka bentuknya cukup klasik untuk di label sebagai beg on-the-go yang mesti dimiliki. Koleksi baharu yang merangkumi dua rekaan, beg tote besar dan beg bucket luas ini ditakdirkan untuk menjadi teman setia wanita aktif di seluruh dunia. Bukan sekadar rekaan beg yang sederhana dan menarik, kedua-duanya turut mengutamakan ketahanan, kualiti premium dan fungsi praktikal yang benar-benar diperlukan dalam beg harian. Ini bukan beg kecil untuk aksesori semata-mata, ini adalah beg yang bersedia menghadapi hari anda dari pagi hingga malam!

Perincian utama yang ada pada koleksi ini terletak pada tali pinggang boleh laras, dihiasi juga dengan gesper eksklusif Lonchamp. Kilauan logam daripada bamboo toggle, simbol jenama yang terkenal, menyerlahkan reka bentuk ringkasnya dengan sangat elegan. Tambahan lagi, tali boleh laras ini memberi fleksibiliti gaya. Sama ada dibiarkan longgar untuk aura santai atau ditarik kemas untuk penampilan lebih terstruktur dan menonjol.

le smart

Longchamp menawarkan beg Le Smart dalam dua saiz berbeza bersama tiga warna lembut. Rona mocha memberi kehangatan seperti kopi pagi, slate blue pula mencerminkan langit Paris yang berubah-ubah manakala beige vegetable-tanned menonjolkan keindahan semula jadi kulit. Setiap warna direka untuk digayakan secara effortless, melengkapkan apa jua gaya harian anda.

Keseluruhan ciri dan perincian ini menjadikan Le Smart sebagai beg yang bukan sahaja cantik, malah melangkaui musim, trend dan masa. Ia adalah pelaburan jangka panjang yang bijak untuk setiap wanita! Jika anda sedang mencari beg versatile, tahan lama dan elegan (selain beg Le Pliage), inilah masa untuk menambah koleksi terbaharu ini ke dalam cart… atau lebih baik lagi, berkunjung terus ke butik Longchamp terdekat dan lihat sendiri pesonanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LONGCHAMP (@longchamp)

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down