Suasana perayaan semakin menyerlah dengan persiapan percutian tambahan dengan acara hujung yang meriah. Dalam semangat memberi hadiah yang bermakna, UNIQLO memperkenalkan Holiday Gift Guide 2025. Satu koleksi gaya yang menonjolkan keselesaan, fungsi dan ketelitian rekaan yang menjadi DNA LifeWear.
Koleksi tahun ini menyatukan keperluan untuk mencari hadiah yang mudah namun tetap istimewa. Daripada pilihan asas harian mampu milik, hinggalah barisan item musim sejuk yang hangat dan tahan lama, UNIQLO memastikan ada sesuatu yang sesuai untuk setiap personaliti.

Pilihan Hadiah untuk Setiap Gaya Hidup
Salah satu tarikan utama dalam panduan ini ialah kategori Gifts Under RM100, menonjolkan item seperti Mini T-Shirt, aksesori HEATTECH, sarung tangan dan beanie edisi KAWS serta stokin Colorful 50 yang menjadi kegemaran ramai. Kesemua ini membuktikan bahawa hadiah yang thoughtful mampu dimiliki.

Bagi lelaki dan wanita, UNIQLO menawarkan rangkaian staples seperti JWA Oxford Boxy Shirt, kemeja flanel, jaket fleece Fluffy Yarn, kardigan merino dan seluar kasual yang versatil untuk dipakai sepanjang tahun. Setiap helaian direka dengan struktur yang kemas dan siluet moden menjadikannya hadiah yang bukan hanya cantik tetapi terus praktikal.
Untuk si kecil pula, seleksi pakaian lembut, tahan lama dan sesuai cuaca tropika memberi keselesaan sepanjang hari. Item seperti KIDS AIRism T-shirt, mini skort, fleece dan sweater KAWS edisi kanak-kanak pastinya menambah ceria sambutan hujung tahun mereka.

Ready For The Road
UNIQLO turut mengetengahkan pilihan travel-ready yang mudah dilipat dan ringan namun tetap memberikan kehangatan optimum. Koleksi ini ideal untuk mereka yang merancang percutian musim sejuk. Antara item yang menonjol ialah PUFFTECH Parka, Warm Lined Pants dan rangkaian HEATTECH Ultra Warm berasaskan campuran kasmir. Semuanya direka untuk mengekalkan kehangatan tanpa menjejaskan gaya.

Raikan Dengan Pilihan yang Timeless
Dengan Holiday Gift Guide 2025, UNIQLO mengajak semua untuk meraikan kegembiraan memberi. Koleksi ini bukan sekadar himpunan hadiah, tetapi pilihan penuh keselesaan dan gaya yang tahan lama. Sama ada untuk diri sendiri, pasangan, rakan baik atau anak-anak, setiap item dalam seleksi ini menawarkan inspirasi hadiah yang timeless dan sesuai untuk semua.


