Langgan

Van Cleef & Arpels Ke Singapura, Menghayati Prima Ballerina

Ke The Raffles Hotel, mendalami kecintaan Van Cleef & Arpels.
2 minit untuk membaca
Published: March 14, 2026

 Sedari penubuhan jenama ini lagi, ia mentaasubi dunia tari. ‘Prosodi’ seni tari balet dikaji, lalu mencanai daya kreatif si Maison untuk mengolah keunggulan ciptaan barang kemasnya. Rentetan kecemerlangan sejarah ini mengilhami Van Cleef & Arpels melangsungkan pameran ‘Les Jardins Secrets by Van Cleef & Arpels’ di The Raffles Hotel, Singapura. 

van cleef

Van Cleef & Arpels membawa penceritaan alam seni tari ke kota kecil Singapura, memartabatkan asemblaj prima ballerina menerusi satu pameran istimewa di The Raffles Hotel. Pameran ‘Les Jardins Secrets by Van Cleef & Arpels’ mengabadikan pengamatan yang mengimbas kembali ‘keakraban’ hubungan jenama ini dengan dunia tarian, yang bersimpul rapi sudah lebih seabad lamanya. 

'Ballerinas', pameran istimewa Van Cleef & Arpels di The Raffles Hotel

Mengesani inti makna hubungan Van Cleef & Arpels dengan dunia seni tari, kecintaan itu mula menggergasi pabila Louis Arpels, seorang peminat tarian balet, membawa anak saudaranya, Claude, ke Paris Opera untuk menyaksikan persembahan balet. Makanya, pengalaman ini memupuk keingintahuan tinggi mereka terhadap seni tari dan membulatkan tekad mereka untuk menjadikan ia sebagai tunjang inspirasi. 

van cleef

Pameran ini mengeratkan pandangan yang menirus kepada klip-klip atau kerongsang perhiasan yang mereplikakan atribut penari balet. Menilai erti cantik lenggok, imej, malah mencungkil keserupaan roman serta lincah ikon dunia balet dan dijadikan tema rekaan-rekaannya. Sebarisan rekaannya diibaratkan ‘alegori’ yang mengekspresikan gagasan di balik kesejarahan. 

Klip-klip atau kerongsang perhiasan ini mula direka pada tahun 40-an dan ia menjadi identiti utama. Segala citra yang tersurat pada seorang penari balet – seperti kasut pointe, kostum, skirt tutu, siluetnya yang atletik, malah otot-otot tubuh digarap jelas dan semuanya berharmoni dengan kilauan emas, batu permata serta berlian. 

van cleef
van cleef
van cleef

Di samping klip-klip atau kerongsang, Van Cleef & Arpels melanjutkan imej penari balet sebagai hiasan kotak solek, anting-anting, cincin dan juga rantai leher. 

Dimensi rekaan-rekaan sang penari balet kian menguat dengan unsur-unsur yang memberi penghormatan kepada tokoh penari terkenal dunia. Antaranya karya ‘La Camargo’,yang diilhamkan daripada penari Perancis abad ke-18 yakni Marie Camargo dan juga inspirasi Suzanne Farrell, muse untuk George Balanchine, pengasas New York City Ballet. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down