
Ada keindahan dalam melihat kehidupan dengan harapan. Yakin bahawa setiap hari membawa peluang dan hikmah baharu. Maison FRED menghayati keindahan ini sepenuhnya dan melalui koleksi terbarunya Chance Infinie, jenama ini merakam semangat takdir, keyakinan diri dan keanggunan mencipta peluang dengan penuh kelembutan.
Terinspirasi oleh pengasasnya Fred Samuel, koleksi ini menyampaikan semangat positif yang menjadi inti kepada jenama FRED. Dengan sembilan rekaan baharu dalam kategori Barang Kemas dan Barang Kemas Mewah, Chance Infinie menampilkan semula salah satu motif ikonik FRED dengan sentuhan feminin yang lembut dan moden.

Makna simbolik nombor lapan
Namanya sahaja sudah memberi makna mendalam. ‘Chance Infinie’. Tuah tanpa batas. Ia mengingatkan kita untuk percaya pada perjalanan sendiri dan melihat sisi terang kehidupan, seperti mana Fred Samuel menjalani hidupnya dengan penuh keyakinan dan optimisme.
Motif utama koleksi ini berbentuk nombor lapan yang diletakkan mengiring. Ia simbol nombor bertuah Fred Samuel (dia dilahirkan pada bulan Ogos 1908, bulan kelapan) dan juga lambang sejagat bagi simbol infiniti.
Tahun ini, FRED memberi nafas baharu pada simbol ini dengan rekaan yang lebih lembut dan beralun. Bentuk angka lapan yang menjadi identiti kini digubah semula menjadi reben dengan hujungnya yang seolah-olah terurai, mencipta siluet yang ringan, feminin dan anggun seperti reben yang menari mengikut bayu. Garisnya lebih bulat, lembut dan sensual, melambangkan aliran semula jadi kehidupan. Gabungan bentuk-bentuk ini menggambarkan bahawa tuah dan takdir bukanlah dua perkara berasingan tetapi tenaga yang sentiasa bergerak bersama, saling menguatkan antara satu sama lain.

Setiap rekaan Chance Infinie dihiasi dengan susunan berlian pavé dan sebutir berlian berbentuk pear di tengah. Set Barang Kemas Mewah dalam emas putih ini menampilkan keanggunan abadi: rantai dan cincin yang masing-masing diserikan dengan berlian 0.7 karat serta sepasang subang yang berayun lembut seiring gerakan pemakainya.
Untuk gaya harian, koleksi ini turut memperkenalkan tiga rekaan elegan: cincin, rantai dan subang dalam pilihan emas mawar atau emas putih. Setiap satunya boleh digayakan sebagai angka lapan atau dipusingkan membentuk lambang infiniti. Rekaannya ringkas namun memikat, mudah digayakan dan sesuai untuk menambah seri setiap hari.
Temui koleksi baharu di FRED, The Exchange TRX atau layari fred.com

