Langgan

Keanggunan Kini Dunia Arloji & Aksesori Mewah

Pesona baru dunia arloji dan barang kemas berterusan dengan penciptaan kini.
1 minit untuk membaca
Published: August 20, 2026

 

OMEGA menelusuri ilham moden dengan definisi baru dunia arloji Constellation yang datang dalam saiz cukup menawan 28mm. Dail merah jambu mencuri perhatian berbalut teguh keluli tahan karat.

 

 

Mendasari ilham glamor bersama PIAGET yang sentiasa mahu setiap pemakainya merasai nilainya. Piaget Sixtie penciptaan klasik yang sentiasa menjadi dambaan. Disatukan dengan barang kemas mewah daripada koleksi Possession menjadikan pelengkap gaya aura glamor.

 

 

BEAUBLEU mengungkapkan definisi masa lewat rekaan yang unik. Detik waktu yang bergerak dalam lingkaran orbit yang melatari dail serba biru menciptakan sesuatu yang distingtif.

 

BELL & ROSS menciptakan sesuatu yang maskulin namun masih memiliki kelembutan dalam penghasilan Blue Diamond Eagle. Pesonanya ada pada tatahan permata yang yang membentuk seakan buruj di langit malam.

Penciptaan mewah CARTIER diteruskan dengan koleksi terkini jam tangan Baignoire yang bezelnya kali ini bertatahkan permata. Menyempurnakan gaya keseluruhan gelang tangan dan cincin daripada koleksi Love dan Juste Un Clou serta ear cuff yang juga daripada koleksi serupa.

LONGINES memahami apa itu definisi feminin dan elegan. Ia ditafsir penuh kemodenan menerusi penghasilan Mini DolceVita dengan dail mother of pearl yang dihiasi tatahan permata.

 

VACHERON CONSTANTIN membawakan pesona baru Overseas Self-Winding dalam balutan emas ros. Kemasan penciptaan yang cukup teguh menambahkan nilai prestij dalam penggayaan.ย 

CHOPARD mendominasi masa dengan penuh gaya lewat penciptaan jam tangan Alpine Eagle. Penyatuan barang kemas mewah daripada koleksi Ice Cube menjadi pelengkap gaya.


Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Fotografi: Edmund Lee
Arahan Seni: Nabihah Nizam
Penataan Gaya: Athirah Zahra dibantu Aishah Haziyah
Solekan & dandanan: Ayang Kamel

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down