
Bernadi sebagai sebuah perhiasan yang melambangkan usaha kreatif, Force 10 menjadi penciptaan Fred yang unggul selama enam dekad di pasaran. Bertunjang visi avant-garde awalnya, ia berevolusi menjadi salah satu penghasilan penting tidak hanya bagi jenama ini namun juga dunia aksesori yang penuh keterujaan.
Force 10 berakar daripada ceritera dan idea Fred Samuel yang menciptakan gelang istimewa buat isterinya. Ia menjadi penciptaan yang dikembangkan menjadi sebuah karya penting Fred pada tahun 1966. Sebuah titik mula baru dunia aksesori mewah yang memiliki naratif menarik disusun dan tanpa diduga sehingga hari ini ia menjadi dambaan pencinta aksesori mewah.
Setelah itu maison Fred melewati perjalanan sebagai sebuah jenama yang tidak hanya sekadar seutas gelang tangan. Ia menjadi lambang keberanian, ketekunan dan keyakinan baik buat pemakai juga artisan.

Jin Wajah Wakilan Force 10
Menerusi kempen terbaru jenama ini, Jin daripada kumpulan BTS melatari kempen koleksi Force yang terbaru. Force 10 XL yang baru ini menampilkan potongan berlian yang fleksibel dalam penggayaan. Melengkapkan kempen ini Jin tampil sempurna dengan cincin berlian FRED Hero Cut.
Personalitinya yang tenang dan penuh keyakinan Jin menghidupkan nadi sebenar koleksi ini yang ditakrifkan dengan kekuatan, karakter dan ekspresi diri yang cukup berani.
Apa yang pasti, setiap ciptaan ikonik Force 10 merupakan satu peralihan semangat keberanian seiring dengan ketahanan penciptaan untuk sentiasa melangkaui batas serta menghayati kehidupan dengan penuh kebebasan.

