
Tahun baharu hadir dengan irama yang cukup anggun apabila Chanel menetapkan langkahnya. Maison Perancis ini membuka tirai 2026 dengan melantik Gracie Abrams sebagai duta terbaharu Fine Jewelry, wajah baharu bagi koleksi ikonik Coco Crush.
Musim ini, Coco Crush kembali melalui sebuah kempen sinematik yang menafsir semula makna pertemuan, dibingkaikan dalam permainan 'Hide & Seek'. Berlatarbelakangkan hotel ikonik Château Marmont di Hollywood, penyanyi idola Korea, JENNIE, muncul sebagai sang pencari manakala Gracie Abrams sebagai bayang yang menghilang, dengan laluan mereka bersilang di hallway hotel serta bilik-biliknya yang indah. Diarahkan oleh Gordon von Steiner, 'COCO CRUSH: Hide & Seek' menampilkan barisan pelakon yang dikenali termasuk model Mona Tougaard, Lulu Tenney, Mathilda Gvarliani, Akon Changkou dan Qun Ye.
Bagi meraikan pelancarannya, Chanel menghidupkan Château Marmont di Los Angeles dengan sebuah sambutan yang meraikan Gracie Abrams. Antara tetamu yang hadir termasuk Connor Storrie, Dakota Fanning, Rebecca Armstrong, Sarah Pidgeon, Maggie Rogers, Quenlin Blackwell, Devon Lee Carlson, Conan Gray, PinkPantheress, Gabbriette dan ramai lagi. Pada malam yang eksklusif dan intim itu, para hadirin diiringi persembahan istimewa oleh Lily Allen yang menyampaikan lagu-lagu daripada album terbarunya 'West End Girl'. Lily tampil cukup elegan dalam gaun hitam berpotongan halter daripada rumah fesyen ini. Penutup bagi malam yang anggun.












