Langgan

Sorotan Pentas Couture Musim Bunga/Panas 2026 di Paris

Segala detik menarik, daripada koleksi couture sulung Jonathan Anderson untuk Dior sehinggalah ke persembahan pertama Valentino selepas pemergian pengasasnya.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
3 minit untuk membaca
Published: February 1, 2026
Pertunjukan Couture Chanel Musim Bunga/Panas 2026

Minggu couture mempersembahkan fesyen dalam bentuk paling menakjubkan serta perayaan reka bentuk maksimalis, di mana setiap pertunjukan menjadi peringatan akan kehalusan pertukangan yang luar biasa di sebalik setiap rumah fesyen. Musim ini menandakan detik penting yang sarat dengan debut dan peralihan dengan Matthieu Blazy dan Jonathan Anderson masing-masing mempersembahkan koleksi couture sulung mereka untuk Chanel dan Dior.

Di samping itu, pemergian Valentino Garavani dan Giorgio Armani baru-baru ini membuatkan dua nama legenda ini terus membayangi minggu couture, tatkala rumah fesyen yang membawa nama mereka melangkah ke bab baharu yang signifikan. Segala tumpuan kini tertumpu pada koleksi-koleksi penting ini. Di sini, ELLE membawakan sorotan utama pertunjukan couture Musim Bunga/Panas 2026.

Schiaparelli Haute Couture SS26

Dipersembahkan di Petit Palais, Daniel Roseberry membuka minggu couture dengan koleksi Schiaparelli SS26 bertajuk The Agony And The Ecstasy’. Koleksi ini meraikan kehebatan atelier rumah fesyen tersebut melalui siluet fantasi yang diinspirasikan oleh burung "syurga" dan alam semula jadi.

Daripada skirt berunsur duri bertatah kristal sehingga jaket berbulu berkilauan, koleksi ini menegaskan couture sebagai ruang fantasi dan kebebasan emosi . Sejajar dengan kepercayaan Daniel bahawa seni agung tidak perlu dijelaskan, sebaliknya mengajar kita untuk merasa.

Valentino Couture SS26

Hanya 10 hari selepas pemergian Valentino Garavani, Alessandro Michele mempersembahkan koleksi couture terbaharunya untuk rumah fesyen ini, mengajak para tetamu menyusuri satu perjalanan pandangan intim yang. Dua belas kaiserpanorama – peranti besar dengan lubang intai bersaiz kecil dari abad ke-19 – didirikan di ruang pertunjukan, membolehkan tetamu menonton setiap penampilan melalui tingkap kecil, seolah-olah dibawa kembali ke masa lalu, di mana busana flapper era 1920-an bertemu dengan siluet nostalgia tahun 1970-an.Hiasan kepala halo, bulu-bulu mewah dan jubah berhias; sarung tangan opera, gaun menyapu lantai, serta gaun pengantin emas dramatik yang memenuhi ruang pentas, mencipta penutup yang sarat dengan emosi. Penampilan pertama koleksi ini menjadi penghormatan penuh kepada mendiang Garavani. Gaun potongan sayap kelawar dengan garis leher mendalam direalisasikan dalam rona merah scarlet yang sinonim dengan jenama dan penciptanya.

Armani Privé SS26

Dipentaskan di Palazzo Armani, pertunjukan ini merupakan yang pertama sejak pemergian pengasasnya lima bulan lalu. Kini, tanggungjawab diterajui oleh Silvana Armani, anak saudara Encik Armani yang telah bekerjasama dengannya selama 40 tahun. Koleksi bertajuk ‘Jade’ ini menampilkan 64 rekaan dalam rona hijau, merah jambu dan putih yang lembut, berlatarbelakangkan pentas hitam yang kontras.

Potongan lembut yang direka dengan teliti dihasilkan dalam sutera, dipadankan dengan kemeja lut sinar bercorak dan tali leher sepadan. Gaun kolum dan gaun malam dihiasi ribuan labuci, manakala juraian berhias permata mengubah kardigan dan seluar berpotongan kemas menjadi penampilan layak karpet merah. Gaun pengantin penutup direka oleh Encik Armani sendiri untuk koleksi Privé terakhirnya.

Dior Haute Couture SS26

Musim ini menandakan percubaan couture pertama Jonathan Anderson yang mempersembahkan visinya untuk Dior di Musée Rodin. Pentas dihiasi siling bermotif lumut dan bunga cyclamen sebagai satu penghormatan kepada John Galliano.

Bunga dan tumbuhan menjadi tema utama, muncul sebagai anting-anting, kerongsang, aksesori tangan, malah payung. Pertunjukan ditutup dengan penampilan Dior Bride oleh Mona Tougaard dalam gaun putih voluminous yang dipadankan dengan anting-anting bunga.

Chanel Haute Couture SS26

Pada hari Selasa di Paris, tumpuan terarah kepada Chanel apabila Matthieu Blazy membuat debut haute couture yang cukup gemilang. Grand Palais diubah menjadi dunia fairy tale, lengkap dengan pokok willow merah jambu menjulang tinggi, runut bunyi Snow White, serta barisan model yang melangkah anggun di celah cendawan gergasi.

Koleksi ini tampil lembut namun berani, sarat dengan rasa ringan dan bertenaga. Sut klasik Chanel ditafsir semula dalam sutera mousseline halus, manakala gaun dan sut berhias bulu menampilkan kepakaran trompe l’oeil melalui sulaman, lipatan dan tenunan.

Artikel asal oleh Julia Storm daripada ELLE USA.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down