
Anda tidak perlu menunggu ketibaan Hari Kekasih untuk menghadiahkan sesuatu yang luar biasa kepada orang tersayang. Sama ada sebagai tanda kasih kepada diri sendiri atau hadiah untuk insan istimewa, setiap hari adalah peluang berharga untuk menzahirkan cinta dan penghargaan.
Bagi mereka yang menyambut Hari Kekasih, biarlah Tiffany & Co. menjadi sumber inspirasi untuk melakar kenangan romantis tahun ini melalui kempennya ‘The Language of Love’. Jenama barang kemas mewah dari kota New York ini meraikan Hari Kekasih dengan penghormatan puitis terhadap puisi cinta ikonik dan karya sastera agung yang telah melangkaui zaman, sama seperti rekaan abadi Tiffany yang luar biasa.

Mengambil inspirasi daripada karya penyair dan penulis terkemuka seperti Plato, Rumi dan Diane Ackerman, kempen ini menampilkan koleksi petikan dan puisi yang mendalam. Antaranya baris puitis Rumi, “A thousand half-loves must be forsaken to take one whole heart home” dan juga pemerhatian mendalam Plato, “The madness of love is the greatest of heaven’s blessings.” Kata-kata abadi ini mengingatkan kita bahawa cinta adalah kekuatan sejagat yang menyatukan dan melangkaui batas masa.

Untuk merealisasikan visi ini, Tiffany & Co. mempersembahkan kata-kata penuh makna ini di lokasi ikonik New York City, menjadikan lanskap urban sebagai pentas seni cinta. Tahun ini, Tiffany & Co. mengundang anda untuk menyelami keindahan cinta melalui kempen yang istimewa ini. Setiap rekaan dan setiap kata menjadi bukti bahawa cinta adalah seni yang wajar dihargai, dikongsi, dan diraikan –setiap hari, sepanjang tahun.