Langgan

“Saya Memakainya Seperti Second Skin”: Gracie Abrams Tentang COCO CRUSH oleh CHANEL

Penyanyi ini berkongsi pandangannya tentang dunia barang kemas.
2 minit untuk membaca
Published: July 1, 2026
Gracie Abrams
Gambar ihsan Chanel

Barang kemas sentiasa bersifat peribadi. Ada yang menyukai rekaan halus dan minimal yang melengkapi penampilan secara lembut manakala ada juga yang memilih helaian yang hadir sebagai statement piece. Apa jua pilihan anda, perhiasan yang dikenakan sering kali mengatakan sesuatu tentang diri pemakainya. 

Falsafah inilah yang menjadi asas kepada COCO CRUSH, sebuah koleksi yang meraikan kebebasan berekspresi melalui bahasa gaya yang tersendiri. Dihasilkan dalam beige gold, emas putih dan emas kuning, koleksi ini merangkumi cincin, gelang, cuff, anting-anting dan rantai leher yang membuka ruang kepada pelbagai interpretasi peribadi. Dipakai secara tersendiri, setiap rekaan mempunyai identiti dan kehadirannya yang tersendiri. Namun apabila digayakan secara bertindih atau dipadankan bersama, setiap helaian saling melengkapi dalam permainan kontras dan harmoni.

Di sebalik setiap ciptaan COCO CRUSH terletaknya motif quilted grafik, sebuah elemen yang cukup dekat dengan Gabrielle Chanel dan sinonim dengan beg tangan ikonik 2.55. Diterjemahkan semula dalam emas berharga, corak simbolik ini melangkaui dunia fesyen untuk menjadi salah satu tandatangan paling dikenali dalam dunia CHANEL Fine Jewelry.

Di bawah, Duta Jenama Gracie Abrams berkongsi pandangannya tentang dunia barang kemas serta koleksi COCO Crush oleh CHANEL

Apakah hubungan peribadi anda dengan fine jewellery? Apakah memori pertama anda yang berkaitan dengannya?

Dengan barang kemas, saya sangat tertarik kepada rekaan yang bersifat abadi, yang boleh berkembang bersama anda sepanjang masa dan akhirnya menyimpan memori-memori yang cukup bermakna. Ada elemen glamor pada CHANEL Fine Jewelry namun pada masa yang sama, ia terasa seperti perhiasan yang anda tidak mahu tanggalkan kerana sebaik sahaja memakainya, ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada diri anda.

Gracie Abrams
Gambar ihsan Chanel

Bagaimanakah COCO CRUSH melengkapi kehidupan seharian anda? Bagaimanakah anda gemar menggayakan koleksi ini?

Perhiasan ini hampir tidak pernah saya tanggalkan dalam kehidupan seharian... Ia begitu selesa dipakai dan pada masa yang sama cukup menyeronokkan untuk digayakan mengikut cita rasa sendiri. Menyusun, memadankan dan bermain dengan pelbagai kombinasi; semuanya boleh dilakukan. Sejujurnya, ia bergantung pada mood saya serta sama ada saya memakainya untuk persembahan atau sekadar untuk penampilan harian. Apa pun keadaannya, saya memakainya seperti second skin.”

Gracie Abrams
Gambar ihsan Chanel

Sebagai seorang artis, apakah yang paling menginspirasikan anda tentang semangat COCO CRUSH? Dan apakah makna motif matelassé bagi anda?

Apa yang paling menginspirasikan saya ialah rasa kesinambungan yang dibawanya. Ada sesuatu tentang koleksi ini yang terasa begitu berakar pada sejarah CHANEL namun pada masa yang sama ia kekal segar dan penuh kehidupan. Bagi saya, motif matelassé adalah tentang keseimbangan. Gabungan garis yang berstruktur dengan sisi yang lebih lembut dan membulat menghasilkan satu kontras yang sangat menarik perhatian saya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down