Teknologi tak pernah terbatas pada ilham serupa dan ini menjadi hal yang cukup menarik untuk setiap individu mengeksplorasi kreativiti mereka. Selain teknologi yang diperhalusi dengan teknik serta aturan baru bagi memberi kepuasa kepada pengguna, idea rekaan juga tidak terbatas pada ilham konvensional.
EARBUDS - Chanel Premiere Sound
Chanel Premiere Sound merupakan inovasi terbaru Chanel dalam menyatukan teknologi dan fesyen. Adaptasi rekaan jam tangan Chanel Première diaplikasi dalam rekaan Chanel Premiere Sound bagi memberi ilham mewah si pemakai. Inovasi audio Chanel memberi stail berbeza dengan tali bersulam emas 18K. Mula dijual September 2024 di stor terpilih.
Bang Olufsen Turntable BEOGRAM 4000C
Piring hitam semakin digilai generasi hari ini. Jika anda satu daripadanya yang sedang mencari pemain piring hitam dengan sokongan teknologi yang tidak merumitkan Bang Olufsen Turntable siri BEOGRAM 4000C ini mampu memenuhi kehendak anda. Direka dalam ilham vintaj, rangka kayunya diperbaharui dengan kemasan yang cukup mewah dan klasik.
Bang Olufsen EX Hazy Blue
Beoplay EX merupakan antara koleksi paling popular Bang & Olufsen yang sentiasa tampil dengan idea segar bagi setiap edisi barunya. Pilihan warna baru yang memberi variasi pilihan buat pengguna memberikan keterujaan baru. Baru saja diedarka Mei lalu, Beoplay EX datang denganpilihan warna Hazy Blue, yang diinspirasikan daripada langit biru musim semi. Apa yang menjadikan ia lebih berharga adalah ia diciptakan hanya 200 unit sahaha.
Sennheiser Momentum True Wireless 4 - 4th generation
Satu lagi peranti audio yang begitu diraikan tahun ini adalah generasi keempat Momentum True Wireless daripada Sennheiser. Dilengkapkan dengan teknologi Qualcomm S5 Sound Gen 2, peranti ini didukung sistem audio aptX Lossless dan aptX Adaptive Audio memberikan pengalaman menikmati muzik semaksima mungkin. Direka dengan saiz yang memenuhi rongga pendengaran secara optimum dengan sistem tapisan audion yang menghasilkan sistem bunyi yang bersih.
Samsung Music Frame
Samsung memperkenalkan Music Frame, sebuah pembesar suara yang mengambil ilham bingkai gambar pada rekaannya. Diintegrasi dengan sistem Wi-Fi dan Bluutooth memudahkan pengguna menyambung terus ke peranti lain secara terus. Rekaannya menjadi alasan utama mengapa item ini begitu digilai sekali terutama bagi kebanyakan pengguna TikTok sebagai bahan pengisian akaun mereka.
Celine x Master & Dynamic Headphone
Kolaborasi Celine bersama Master Dynamic menghasilkan fon kepala tanpa wayar dengan rekaan cukup elegan. Dihasilkan dengan sistem bunyi yang benar-benar berkualiti tinggi menghasilkan pengalaman menikmati muzik seperti profesional dalam bidang muzik. Datang dengan tiga pilihan warna iaitu gabungan coklat dan perak, hitam perak dan hitam.
Dyson OnTrac Headphones
Dyson mungkin cukup dikenali dengan rangkaian barangan rumah berteknplogi tinggi. Namun tidak mahu terikat dengan ilham serupa sahaja, jenama ini memeprkenalkan Dyson OnTrac edisi sulung fon kepala yang dilengkap dengan fitur tapisan bunyi yang dengan ketahanan bateri selama 55 jam. Bermain dengan warna terang, rekaannya pasti menarik minat generasi kini yang sukakan sesuatu yang cukup menyerlah.
Diolah daripada artikel asal: ELLE Indonesia