Dalam era di mana setiap perjalanan dan pengalaman berharga dirakam dengan penuh gaya dan ketepatan, kamera aksi bukan lagi sekadar keperluan pengembara. Ia sudah menjadi alat penting bagi sesiapa yang ingin bercerita melalui visual. DJI sekali lagi mencetuskan perbualan dalam dunia teknologi dengan memperkenalkan DJI Osmo Action 6. Kamera aksi generasi baru ini menggabungkan inovasi dengan kreativiti tanpa batas.
Dibina untuk pengembara atau pengguna kasual yang mahukan kualiti premium, Osmo Action 6 bukan sekadar sebuah kamera kecil ia adalah rakan setia yang menangkap dunia dari perspektif yang lebih dinamik dan bertenaga!

Sensor Visual yang Lebih Baik
DJI Osmo Action 6 hadir dengan sensor 1/1.1 inci, lebih besar daripada kebanyakan kamera aksi di pasaran. Dalam bahasa mudah, sensor ini menangkap lebih banyak cahaya menghasilkan warna lebih kaya, butiran lebih jelas, dan prestasi mantap walaupun dalam keadaan malap. Detik senja, kabus pagi, atau bilik berhias lampu malap semuanya dirakam dengan kejelasan yang menakjubkan.
Apertur Boleh Ubah
Ini adalah kamera aksi DJI pertama yang menawarkan apertur boleh ubah (f/2.0 – f/4.0), memberikan kawalan kreatif ala kamera profesional. Dengan apertur terbuka, anda boleh menghasilkan latar belakang lebih lembut sambil menangkap lebih banyak cahaya, manakala menutup apertur membolehkan rakaman aksi luar yang cerah tanpa risiko overexposure.

Stabiliti Dengan RockSteady & Horizon
Rakaman aksi tidak pernah semudah ini dengan DJI Osmo Action 6, yang menampilkan sistem stabiliti generasi terkini. Teknologi RockSteady membantu meratakan gegaran ekstrem ketika berlari, berbasikal atau merakam aksi sukan manakala HorizonSteady memastikan horizon tetap rata walaupun kamera berpusing. Hasilnya, setiap rakaman menjadi lancar dan stabil, seolah-olah menggunakan gimbal.
Ketahanan Luar Biasa
Kamera ini direka untuk menemani anda ke mana-mana dengan ketahanan yang luar biasa. Ia tahan lasak untuk aktiviti ekstrem, kalis air tanpa memerlukan casing dan menampilkan rekaan kompak namun kukuh. Sama ada di pantai, di trek mendaki atau ketika menunggang motosikal, Osmo Action 6 sentiasa bersedia untuk merakam setiap detik dengan sempurna.
Bateri Lebih Tahan Lama
Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh pengguna kamera aksi ialah jangka hayat bateri yang pendek. DJI Osmo Action 6 mengatasi hal ini dengan bateri berkapasiti 1,950mAh yang mampu bertahan sehingga 4 jam dalam keadaan optimum. Dengan lebih banyak masa untuk merakam dan tiada masa masa terbuang untuk mengecas, anda dapat merakam setiap detik dengan sempurna.

Skrin Dual OLED & Sambungan Pantas
Dengan dua skrin OLED, depan dan belakang anda boleh merakam vlog tanpa tekaan. Skrin lebih terang, lebih responsif dan lebih mudah dilihat di bawah cahaya matahari. Sambungan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1 pula memastikan pemindahan fail lebih cepat dan kawalan melalui aplikasi lebih stabil.
