Langgan

Spotted! Gaya Idola K-Pop Yang Kini Jadi Trend

Idola K-pop terus menjadi rujukan dalam membentuk trend kecantikan dan fesyen untuk generasi masa kini.
3 minit untuk membaca
Published: November 28, 2026

Tidak dapat dinafikan bahawa dunia fesyen dan kecantikan global banyak menerima pengaruh daripada industri K-pop. Idola K-Pop bukan sekadar dikenali menerusi bakat nyanyian dan persembahan di atas pentas, malah turut menjadi pencetus inspirasi dalam gaya pemakaian serta solekan. Menariknya, beberapa gaya yang pernah dianggap luar kebiasaan kini kembali mendapat tempat dan diterjemahkan mengikut identiti tersendiri.

Solekan

Milk Tea Makeup โ€“ Jang Wonyoung (IVE)

idola k-pop
Gambar Instagram @for_everyoung10

Gabungan rona coklat susu, dusty pink dan beige pada kelopak mata, pipi serta bibir menghasilkan penampilan lembut dan feminin. Solekan ini menampilkan keseimbangan warna neutral tanpa memerlukan solekan yang terlalu tebal. Jang Wonyoung sering menjadi rujukan peminat kecantikan menerusi penampilan yang menyerlahkan konsep effortlessly beautiful. Pemilihan warna yang tidak terlalu terang, khususnya rona kecoklatan dan merah jambu lembut, menjadikan teknik solekan ini sesuai untuk penampilan harian mahupun acara istimewa.

High-Placement Blush โ€“ Karina (aespa)

idola k-pop
Gambar Instagram @katarinabluu

Teknik pemerah pipi yang diletakkan lebih tinggi menghampiri pelipis memberikan ilusi wajah terangkat dan struktur tulang pipi yang lebih menyerlah. Penampilan Karina sering memperlihatkan bagaimana penggunaan pemerah pipi boleh menjadi elemen utama dalam sesebuah solekan. Teknik ini turut memberikan dimensi pada wajah, sekali gus menghasilkan penampilan yang lebih berani dan ekspresif di hadapan kamera. Apa yang dahulunya dianggap terlalu menonjol kini semakin mendapat perhatian, membuktikan bahawa kecantikan tidak semestinya terikat pada satu standard sahaja.

Metallic Eyeshadow โ€“ Winter (aespa)

idola k-pop
Solekan Winter aespa di Album Armageddon

Buat mereka yang gemar bereksperimen dengan solekan, metallic eyeshadow boleh menjadi pilihan untuk mencipta penampilan lebih berani. Penggunaan rona metalik seperti perak, chrome dan kelabu yang berkilauan memberikan dimensi futuristik kepada solekan mata. Berbeza daripada penggunaan glitter biasa, kemasan metalik menghasilkan pantulan cahaya yang lebih menyerlah dan dramatik. Penampilan Winter sering menjadi inspirasi untuk meneroka estetika futuristik yang turut mempunyai persamaan dengan pengaruh fesyen Y2K.

Fesyen

Hair Ribbon โ€“ Jennie (BLACKPINK)

idola k-pop
Gambar Instagram @jennierubyjane

Dalam dunia aksesori rambut, reben kembali mendapat perhatian menerusi penampilan feminin yang sinonim dengan estetika coquette. Jennie antara ikon yang sering dikaitkan dengan gaya ini, menjadikan reben rambut sebagai aksesori utama yang melengkapkan penampilannya. Sama ada digayakan bersama rambut terurai atau ikatan kemas, aksesori ini memberikan sentuhan romantik dan manis. Malah, trend ini turut diterjemahkan dalam gaya tempatan, termasuk oleh wanita berhijab yang menggayakan reben sebagai pelengkap tudung dan penampilan harian.

Statement Earrings โ€“ Lisa (BLACKPINK)

idola k-pop
Gambar Instagram @lalalalisa_m

Anting-anting bersaiz besar dengan rekaan dramatik menjadi pilihan untuk mereka yang gemarkan aksesori menonjol. Lisa sering tampil dengan gaya yang berani dan eksperimental, sekali gus membuktikan bahawa aksesori mampu memberikan impak besar kepada keseluruhan penampilan. Daripada rekaan chunky hinggalah bentuk yang lebih artistik, statement earrings boleh digayakan bersama busana ringkas mahupun pakaian berpotongan unik. Tidak lagi sekadar pelengkap, aksesori menonjol kini menjadi elemen utama dalam membina identiti fesyen seseorang.

Retro Eyewear โ€“ Hyunjin (Stray Kids)

idola k-pop
Gambar Instagram @hynjinnnn

Mengembalikan nostalgia fesyen era 90-an, cermin mata berbingkai retro menjadi antara aksesori yang memberikan karakter tersendiri kepada penampilan. Hyunjin sering bereksperimen dengan gaya yang mempunyai sentuhan artistik dan unik. Pemilihan bingkai yang berbeza daripada kebiasaan mampu memberikan nafas baharu kepada busana ringkas, sekali gus menjadikan penampilan lebih menarik. Sama ada bingkai kecil, bersegi atau bersaiz besar, retro eyewear membuktikan bahawa aksesori ini bukan sekadar keperluan penglihatan, tetapi juga pernyataan gaya.

Statement Brooch โ€“ G-Dragon (BIGBANG)

idola k-pop
Gambar Instagram @xxxibgdrgn

Siapa sangka kerongsang yang sering dikaitkan dengan gaya klasik kini kembali mendapat tempat dalam fesyen kontemporari? G-Dragon daripada BIGBANG antara ikon yang sering bereksperimen dengan kerongsang, menjadikannya sebagai elemen utama dalam penampilan. Digayakan pada blazer, jaket mahupun pakaian harian, aksesori ini memberikan sentuhan eksentrik dan personaliti tersendiri. Pengaruhnya turut memperlihatkan bagaimana kerongsang boleh melangkaui fungsi sebagai hiasan semata-mata, malah menjadi koleksi fesyen yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

Benarlah, sesuatu trend tidak akan berkembang tanpa keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Pengaruh bintang K-pop membuktikan bahawa fesyen dan kecantikan sentiasa mempunyai ruang untuk bereksperimen. Apa yang dahulunya dianggap luar kebiasaan kini menjadi inspirasi kepada ramai, sekali gus membuka perspektif baharu tentang cara kita mengekspresikan identiti melalui gaya peribadi.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down