Langgan

Gaya Karpet Merah Terbaik di MTV VMA 2026

Lisa, Taylor Swift, Raye, Teyana Taylor dan ramai lagi!
2 minit untuk membaca
Published: September 28, 2026

Antara acara paling dinanti-nantikan dalam kalendar muzik dunia, MTV VMAs 2026 kembali untuk meraikan bakat-bakat dalam industri – termasuk Artist of the Year, Song of the Year dan Best New Artist, hinggalah kepada pelbagai kategori lain. Bertempat di Peacock Theater, Los Angeles, edisi tahun ini menandakan kembalinya MTV VMAs ke Los Angeles buat pertama kali sejak tahun 2017.

Dari segi pencalonan, Madonna mendahului senarai tahun ini dengan 13 pencalonan, diikuti Taylor Swift dengan 11, Sabrina Carpenter dengan sembilan dan Ariana Grande dengan lapan pencalonan. Namun sebelum nama-nama pemenang menjadi perhatian, fokus tertumpu kepada gaya karpet merah selebriti terlebih dahulu.

VMAs sememangnya mempunyai sejarah panjang dalam menghasilkan detik-detik fesyen yang ikonik. Antaranya termasuk penampilan persembahan Britney Spears dengan bralette hijau olive dan seluar mini berhias permata bersama seekor ular pada tahun 2001, gaun daging yang mencetuskan sensasi oleh Lady Gaga pada tahun 2010 dan gaya ala ratu pahlawan Chappell Roan lengkap dengan pedang pada tahun 2024.

Detik-detik tersebut membuktikan bahawa karpet merah VMAs bukan sekadar ruang untuk memperlihatkan gaya terbaik, tetapi juga menjadi pentas untuk para selebriti mengekspresikan identiti, kreativiti dan keberanian mereka menerusi fesyen. Daripada penampilan yang berani dan eksperimental hinggalah kepada busana yang mencetuskan perbualan, VMAs sentiasa memberi ruang untuk fesyen tampil di luar kebiasaan.

Tahun ini juga tidak terkecuali. Dengan barisan nama besar muzik yang melangkah di karpet merah, siapakah yang akan mencipta momen fesyen yang akan terus diingati tahun ini?

Mari kita lihat antara penampilan bintang-bintang di karpet merah MTV VMAs 2026.


Lisa

Menggayakan The Attico dan Quine Li.

Taylor Swift

Menggayakan Tamara Ralph.

PinkPantheress

Menggayakan Nina Ricci.

Raye

Menggayakan Georges Hobeika.

Teyana Taylor

Menggayakan Zuhair Murad.

Troye Sivan

Menggayakan Erdem.

Sienna Spiro

Menggayakan Valentino.

Slayyyter

Menggayakan custom Kallie Collett.

Tyla

Menggayakan Mowalola.

Sombr

Menggayakan ERL.

Normani

Menggayakan Robert Wun.

FLO

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down