Langgan

5 Kombinasi Warna 2026 Yang Boleh Anda Cuba Musim Ini

A fresh way to wear your colours!
2 minit untuk membaca
Published: September 20, 2026
kombinasi warna

Lupakan padanan rona selamat. Musim ini tampil lebih berani dengan gandingan warna segar, seperti yang jelas kelihatan di pentas peragaan musim Luruh/Dingin 2026. Rona-rona terang menjadi pilihan Balenciaga dan Prada, manakala Miu Miu pula bereksperimen dengan padanan yang lebih muted.

Daripada gandingan chartreuse dan ungu hinggalah hijau dan biru, teruskan membaca untuk menerokai kombinasi warna yang paling menarik musim ini dan semestinya boleh dijadikan inspirasi untuk spice up your everyday look!

Kombinasi Warna 2026: Chartreuse + Ungu

Balenciaga / Gambar ihsan Launchmetrics Spotlight

Ungu kini kembali menjadi tumpuan, tampil menyerlah di pentas peragaan COS, Emporio Armani dan Chloé. Gayakan rona ini secara head-to-toe untuk penampilan berani, atau ikuti inspirasi Balenciaga dengan memadankannya bersama chartreuse. Sebagai rona yang bertentangan pada carta colour wheel, ungu dan kuning (chartreuse boleh dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga kuning) merupakan warna komplementari, menjadikan kontras antara kedua-duanya lebih menyerlah apabila digandingkan bersama.

Kombinasi Warna 2026: Biru Langit + Merah

Prada / Gambar ihsan Launchmetrics Spotlight

Rona primer menjadi pilihan para pereka fesyen musim ini. Dan apabila rona primer ini digandingkan bersama? Ia menghasilkan kontras yang sangat berani, seperti yang ditampilkan oleh Prada menerusi kemeja biru langit yang lembut bersama skirt merah dengan perincian sulaman. Jika anda mahukan statement yang lebih bertenaga, padankan biru navy dengan merah untuk menghasilkan efek seakan karya seni pop art!

Kombinasi Warna 2026: Kelabu + Champagne

Miu Miu / Gambar ihsan Launchmetrics Spotligh

Kelabu dan champagne membuktikan bahawa rona neutral tidak semestinya membosankan. Padukan kelabu yang sejuk dengan rona champagne yang lembut untuk mencipta penampilan minimal yang tetap terasa mewah. Jika anda gemarkan estetika understated, kombinasi ini menawarkan sentuhan yang chic dan effortless — tanpa kelihatan berlebihan.

Kombinasi Warna 2026: Merah Jambu + Burgundy

Chanel / Gambar ihsan Launchmetrics Spotlight

Untuk pencinta gaya feminin, gandingan merah jambu dan burgundy adalah padanan yang manis dan sophisticated. Rona merah jambu yang lembut memberikan sentuhan girly, manakala rona pilihan untuk musim luruh, burgundy menambahkan sedikit kematangan pada keseluruhan gaya. Sejujurnya... who could say no to this trendy colour combo?

Kombinasi Warna 2026: Oren + Hitam

Tory Burch / Gambar ihsan Launchmetrics Spotlight

Jika anda mahukan sesuatu yang berada di antara gaya selamat dan bold, ambil inspirasi daripada pentas peragaan Tory Burch ini dengan menggandingkan rona oren yang terang bersama hitam klasik. Kontras ini cukup menonjol tanpa kelihatan terlalu keterlaluan. Ia adalah cara yang paling mudah untuk berekperimen dengan sedikit warna, sambil mengekalkan penampilan yang kemas dan chic.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down