Langgan

'Behati Merdeka', Koleksi Pelabuh Tirai Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025

Esens Behati yang terserlah dalam koleksi menampilkan rasa keaslian yang semakin sukar didapati.
2 minit untuk membaca
Published: August 14, 2025

Minggu terbesar industri fesyen di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur Fashion Week 2025 telah melabuhkan tirainya. Menutup acara sebagai pementas terakhir, Behati hadir fashionably late dengan pertunjukan penuh gah yang pasti tidak akan dilupakan.

Mimifly didalam busana songket Behati

Elemen-elemen fabrik yang tak lekang dengan jenama Behati, songket rona meluas dan kain tenun Sarawak menjadi motif utama. Baju sekolah kebangsaan, keris, tajak dan kain pelikat juga digunakan sebagai pasak subjek. Inspirasinya penuh ragam— namun tetap berteraskan satu elemen, iaitu meraikan pelbagai sudut budaya yang dilihat luas di Malaysia.

Barisan Selebriti Rumah Behati

Terdapat beberapa selebriti yang menjadi model pilihan di pertunjukan Behati. Dibuka dengan tema "School Of Culture", Amber Chia berganti Cikgu Amber apabila mengenakan baju putih berkolar dengan bahu dan rok merah bervolume, ciri tajam dan semestinya exagerated. Selain itu, Mimifly menggayakan busana songket berkain besar sebagai kemunculan gaun terakhir. Turut hadir sebagai tetamu adalah pempengaruh-pempengaruh besar seperti Nalisa Alia Amin, Azfar Heri, Ceddy dan ramai lagi. Yang mencipta tanda soal bagi ELLE tatkala persembahannya adalah, dimana Dato' Seri Vida yang sering dilihat menggayakan busana jenama itu?

The Muse

Soalan yang dituju akhirnya terjawab apabila Dato' Seri Vida, muse dan wajah signature Behati membuat kemunculan istimewa, membawa kata-kata penutup pada akhir pertunjukan. Pengasas QuPuteh penuh lagak itu mengenakan baju seretan lebih lima meter berteraskan corak Jalur Gemilang, seiring dengan tema Behati Merdeka 2025. Lafaz "Merdeka!" dilaungkan sebanyak tiga kali, diselitkan dengan jenaka-jenaka kecil yang mencuit hati penonton.

The Grand Finale

Tiba masa bagi finale. Pentas ditimbun dan model-model tersusun di pertengahan dewan. Behati meletuskan lagi minda para hadirin apabila orang ramai menyedarkan maksud formasi ini: 'pembuatan semula' tugu negara melalui baju-baju Behati, atau seperti dalam siaran Instagramnya, Tugu Behati. Mimifly sudahpun menyalin gaun ekstravagannya kepada dress, mendaki pentas tugu sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Dato' Seri Vida bersama Kel Wen

Traditional Futurewear

Jawdrop after jawdrop, pertunjukan penutup ini cukup hebat. Ciri yang terlihat dalam koleksi mencerminkan misi dan visi jenama, "Moving Culture Forward" dan "Traditional Futurewear", yang seringnya terasa bagaikan surat cinta bagi aspek budaya dan huru-hara negara ibunda tercinta. Tersikat semula kata-kata Blair Waldorf daripada Gossip Girl yang ternyata amat benar: "Fesyen merupakan sejenis seni yang paling berkuasa. Ia adalah pergerakan, reka bentuk dan seni bina semuanya dalam satu. Ia menunjukkan kepada dunia siapa kita dan siapa yang kita inginkan."

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down