Langgan

Menyelami Dunia 'Fantasi Plastik'

Inspirasi daripada filem chick flick.
4 minit untuk membaca
Published: June 30, 2026

Melangkah ke dalam multiverse chick flick yang mengacuankan fasa kehidupan wanita menerusi naratif fesyen kontemporari. Sebuah filem imej yang bukan sahaja mentakrif semula budaya pop, fesyen dan persepsi kewanitaan, malah menggugah rasa nostalgia. Daripada filem ikonik 'Mean Girls' hingga ke 'Clueless', sejauh mana anda mengenali rujukan-rujukan ini?

ELLE mempersembahkan lembaran fesyen Jun 2026!

“ON WEDNESDAYS, WE WEAR PINK.”

Bubblegum pink, jalur preppy, tekstur tweed membentuk identiti ‘It girl’ yang bergaya tanpa usaha. Paling berpengaruh, mendominasi puncak piramid hierarki sosial dengan aura yang tidak dapat disaingi.

Dari atas, Amani:  kemeja-T kait lengan pendek dan beg mini Duo metalik kedut daripada KATE SPADE NEW YORK. Hiasan reben milik penata gaya. Nina: rompi corak jalur daripada TOMMY HILFIGER. Subang telinga dan rantai leher daripada KATE SPADE NEW YORK. Nazik: kardigan corak jalur daripada TOMMY HILFIGER. Beg Loop corak ular timbul daripada KATE SPADE NEW YORK. Cekak rambut, subang telinga milik penata gaya

SKUAD SORAK

Penggayaan set sedondon berjalur halus putih-biru menzahirkan semangat sporty yang segar dan penuh energetik. Potongan longgar memberikan kebebasan bergerak, selari dengan pergerakan koreografi aktif. 

Dari kiri, Nina, Amani & Nazik: kemeja poplin singkat berjalur dan skirt poplin berjalur daripada TOMMY HILFIGER. Kasut sukan KS Drift daripada KATE SPADE NEW YORK. Band rambut, klip rambut dan stoking milik penata gaya

MRS. GEORGE

Penggayaan lapisan corak bunga vintaj memberikan dimensi baharu kepada salah satu karakter fesyen paling ikonik dalam filem, menggantikan estetika asal dengan siluet yang lebih romantik, elegan dan selari dengan karakter.

Blaus corak bunga vintaj, skirt berlipat corak bunga vintaj, beg bahu Dionysus dan kasut tumit tinggi dengan perincian logam emas, kesemuanya daripada GUCCI

WORKING A CASE

fantasi plastik

Permainan gaya berlapis yang membuktikan bahawa penampilan di bawah matahari tidak semestinya minimal. Sentuhan tanpa lengan memberi rasa ringan dan moden, sementara perincian romantik menambah pesona yang tidak dijangka.

Kemeja dengan ikatan sisi, kardigan tanpa lengan, skirt corak bunga, beg tote anyaman dan kasut balerina, kesemuanya daripada MIU MIU. Band rambut dan stoking dengan renda milik penata gaya

GOL & GINCU

Percanggahan feminiti lembut dan preppy yang mencipta dimensi gaya yang penuh karakter. Antara tekstur beralun dan struktur tegas, sementara rona neutral menyulam keharmonian moden.

Dari kiri, Amani: gaun leher ropol, beg mini Bonnie dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada PRADA. Subang telinga dan stoking milik penata gaya. Nina: kemeja putih dengan perincian manik, jaket (diikat di pinggang), seluar pendek, topi raffia dan but paras betis, kesemuanya daripada PRADA

RAHSIA KECIL KITA

Ledakan corak artisan yang kaya serta permainan warna berani mencetuskan impak visual yang mengejutkan. Strukturnya disempurnakan dengan potongan sensual, memperlihatkan sentuhan kulit secara lembut.

Dari kiri, Nazik: bralette singkat dengan tali bahu dan skirt midi potongan A-line dengan corak sepadan daripada DOLCE&GABANNA. Subang telinga milik penata gaya. Nina: gaun labuh bahu sebelah dengan corak penuh daripada DOLCE&GABANNA. Subang telinga milik penata gaya. Amani: bandeau bercorak dengan tali halus dan skirt denim labuh butang penuh daripada DOLCE&GABANNA. Subang telinga milik penata gaya

GADIS VENOM

fantasi plastik

Tampilan minimalis yang kemas dan sofistikated, namun tetap dibaluti aura feminiti gelap penuh misteri. Dia tahu kemahuannya dan keyakinan itulah yang mencerminkan daya godaan yang sukar diabaikan.

Gaun tanpa lengan, subang telinga, gelang tangan cuff dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada FENDI. Rantai coker dan sarung tangan sheer milik penata gaya

SPOILED GIRL

Meminjam siluet maskulin, lalu diterjemah semula menjadi gaya feminin yang kemas, tajam dan bersahaja. Skaf leher mengambil alih tali leher tipikal, memberi sentuhan moden pada uniform klasik.

Jaket potongan longgar, kemeja putih lengan panjang, seluar labuh berpotongan lebar, skaf empat segi (diikat di leher) dan tali pinggang, kesemuanya daripada BOTTEGA VENETA

 

WIRA UNIFORM

Lapisan penggayaan maksimal menyerikan ekspresi mewah. Penampilan yang diilhamkan daripada karakter sosialit yang sentiasa mendambakan perhatian. 

Jaket lapel lebar, gaun kembang tidak simetri, beg Side Trunk dan beg Express, kesemuanya daripada LOUIS VUITTON. Cermin mata hitam, anting-anting dan rantai mutiara milik penata gaya

FREE 2 GO

Dimensi visual yang kompleks diperkaya sentuhan renda halus dan tekstur fabrik berukir timbul yang mewah. Lebih dramatik, lebih berkarisma, kes ini ditamatkan!

Jaket corak timbul dengan poket hadapan, bodysuit renda kolar tinggi, skirt mini corak timbul dan kasut tumit tinggi dengan perincian lilitan pergelangan kaki, kesemuanya daripada VALENTINO. Bandeau, hiasan kepala dan subang telinga milik penata gaya

“UGH, AS IF!”

Skaf segi empat klasik diolah kepada helaian playful menerusi gabungan motif pastel yang menyerlah dengan rekaan tidak simetri. Tali pinggang melengkapkan penampilan sambil menegaskan siluet pinggang ramping.

Blaus bahu sebelah dengan corak, skirt tidak simetri beropol, tali pinggang, rantai leher dan subang telinga, kesemuanya daripada DIOR

TEAM UP

fantasi plastik

Apabila segala-galanya terasa di luar kawalan, kardigan hadir sebagai wardrobe staple yang membuahkan rasa selamat. Rona terang pula melambangkan kebangkitan semula.

Dari kiri, Nazik: Kardigan kait lengan pendek, seluar dengan panel bertindih dan skaf bandana kesemuanya daripada POLO RALPH LAUREN. Kemeja putih lengan panjang dan kasut sarung bertali milik penata gaya. Amani: Kardigan kait lengan panjang, seluar pendek dan tali pinggang dengan perincian logam, kesemuanya daripada POLO RALPH LAUREN. Sandal bertumit dengan perincian anyaman daripada BOTTEGA VENETA. Subang telinga milik penata gaya


PENYELARAS & PENATAAN GAYA ATHIRAH ZAHRA | DIBANTU OLEH HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISHAH HAZIYAH | ARAHAN SENI IERA NADZLIM | FOTOGRAFI AZIM MAHAYUDDIN PEMBANTU FOTOGRAFI AIDIL AQIL, HAFIZI IDRIS & ZARITH ADAM/AM STUDIO | SOLEKAN RAZZI MUSA | DANDANAN VV CHAN MENGGUNAKAN SCHWARZKOPF PROFESSIONAL SESSION LABEL MODEL NINA H, NAZIK A/KICG MODELS & AMANI/ATTITUDE MODELS & PRODUCTION PELATIH KUCING BIHARINA LOKASI THE CAMPUS & LIFE FREEDIVING MALAYSIA

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down