Langgan

The Devil Wears Prada 2 Membawa Kembali Gaya Ikonik Andy Sachs

Mengapa gaya Andy Sachs wajib ada dalam papan Pinterest anda?
2 minit untuk membaca
Published: May 12, 2026

Dua dekad selepas meninggalkan Runway, Andy Sachs kini kembali dengan versi yang jauh lebih yakin dan pakaian yang turut berevolusi seiring perjalanannya dalam dunia media dan fesyen. Dalam The Devil Wears Prada 2, gaya Andy tidak lagi sekadar tentang 'transformation montage' atau cuba menyesuaikan diri dengan industri fesyen. Sebaliknya, setiap gaya terasa lebih matang dan jelas mencerminkan identitinya sendiri. 

Daripada tailoring yang sharp hinggalah kepada gaya off-duty yang lebih santai, filem ini memperlihatkan bagaimana Andy kini memahami fesyen sebagai ekspresi diri, bukan lagi sekadar keperluan untuk fit in. Setiap penampilan terasa lebih bersahaja, dengan sentuhan mewah yang tidak berlebihan tetapi tetap memberi impak.

1. Effortless Denim

Andy Sachs
Sumber : ELLE UK

Andy tampil effortless dengan gabungan top putih, jaket tanpa lengan dan seluar denim yang memberikan suasana santai dan polished. Dipadankan bersama sandal hitam platform dan cermin mata hitam, gaya ini terasa kemas dan senang dipakai untuk harian.

2. Bold & Artsy

Andy Sachs
Sumber : ELLE UK

Salah satu gaya ikonik daripada filem The Devil Wears Prada 2, gaya ini membawa sisi Andy yang lebih playful dan eksperimental. Dress maxi bercorak geometrik berwarna-warni menjadi fokus utama, dipadankan dengan topi jerami dan aksesori minimal. Siluet longgar menampilkan rasa santai, dan corak bold untuk membuat statement.

3. Monday's Morning

Sumber : ELLE UK

Gabungan baju bermotif kotak dan skirt hitam berlipat memberi sentuhan yang lebih klasik dan intelektual. Dengan kasut tumit dan beg tangan hitam minimal, outfit ini terasa seperti versi moden gaya 'Upper East Side', sofistikated tanpa nampak terlalu formal.

4. Daily Look

Sumber : ELLE UK

Kemeja putih singkat bersama skirt hijau olive berlipat mencipta gaya yang kemas tetapi tetap chic. Beg silang dan aksesori ringkas menjadikan gaya ini nampak santai, seolah-olah Andy kini lebih selesa dengan gaya yang praktikal.

5. Corporate Chic

Sumber : ELLE UK

Suit kelabu dengan potongan tajam ini menunjukkan evolusi gaya Andy Sachs. Dipadankan dengan jaket dan kemeja hitam, look ini memberi aura 'Editor-In-Chief' moden yang lebih matang dan yakin. Struktur tailoring yang kemas bersama palet monokrom membuatkan Andy nampak lebih yakin.

Selain Andy, karakter lain seperti Miranda Priestly dan Emily Charlton juga membawa identiti gaya yang lebih exaggerated dan dramatik, menjadikan filem ini sekali lagi tempat rujukan fesyen pop culture. Malah di media sosial, penonton sudah mula mencari barang-barang tertentu daripada filem tersebut sebaik sahaja iklan dikeluarkan. 

Jika filem pertama memperkenalkan Andy kepada dunia fesyen, sequel ini pula menunjukkan bagaimana dia akhirnya memiliki gaya yang benar-benar miliknya sendiri. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down