
Bagai terlalu pantas masa berlalu, 'The Devil Wears Prada' sudah dua sejak kali pertama ditayangkan pada tahun 2006. Kisah yang diangkat daripada novel tulisan Lauren Weisberger ini menjadi sesuatu yang cukup ikonik terutama bagi penonton yang menyukai ilhan dunia penerbitan majalah fesyen
Idea disusun dengan kisah seorang editor majalah bernama Runway yang cukup sinonim dengan attitude yang cukup fierce ditemukan dengan graduan kewartawanan. Konflik dicipta dengan stail tersendiri dan digerakkan lakonan hebat para pelakonnya menjadikan filem ini satu fenomena berganti generasi.

The Devil Wears Prada 2
Kesinambungan kisah Miranda dan Andrea ditulis dengan peralihan dunia cetak kepada kepesatan dunia digital. Emily (lakonan Emily Blunt) kini digambarkan sebagai seorang pempengaruh golongan elit yang memiliki wang. Cabaran media baru memerlukan Miranda untuk mendapatkan pengaruh Emily sebagai pengiklan bagi majalahnya, Runway.
Setakat hari ini tiada pengesahan bahawa sekuel filem ini ditulis sepenuhnya berdasarkan novel Revenge Wears Prada: The Devil Returns, yang diterbitkan pada tahun 2013. Novel tersebut berlatar hampir sedekad selepas kisah asal dan menyaksikan Andy dan Emily berganding sebagai editor majalah terkemuka, sebelum Miranda kembali muncul dalam kehidupan Andy.
Melengkapkan filem ini dengan keterujaan baru, lagu temanya dirakam oleh sensasi Pop Lady Gaga dan Dochii berjudul 'Runway'. Belum lagi diedarkan secara rasmi namun petikan lagu tersebut daripada treler filem ini mula mencuri perhatian pengikut filem ini.

Krew Asal Kembali
David Frankel yang mengemudi siri pertama filem ini kembali ke kerusi sutradara bagi siri kedua ini begitu juga dengan penulis skrip filem iaitu Aline Brosh McKenna (yang juga menulis Cruella) bertanggungjawab sekali lagi menulis cerita sekuel yang paling dinanti ini.
Beberapa pelakon tambahan lain yang muncul dalam siri pertama seperti Tracie Thoms dan Tibor Feldman turut kekal membawakan watak masing-masing. Mewarnai lagi filem ini beberapa selebriti dan model ternama seperti Simone Ashley, Ashley Graham, Paige DeSorbo dan Ciara turut menjadi penampilan khas.
Produksi filem yang memulakan penggambaran Jun tahun lalu ini bakal ditayangkan bulan ini. Sehingga hari ini, laporan tertulis lewat laman web rasmi GSC filem ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada penghung bulan ini iaitu pada tarikh 31 April.
Kredit gambar: 20th Century Studios

