Langgan

Onitsuka Tiger GYMNARINA Adalah Ballet Flats Yang Menjadi It Shoes Musim Ini

Jika trend balletcore masih menguasai almari fesyen, Onitsuka Tiger baru sahaja memperkenalkan stail kasut yang bakal menjadi obsesi baharu dalam kalangan pencinta sneakers.
2 minit untuk membaca
Published: June 29, 2026

Memperkenalkan GYMNARINA™. Siluet baharu yang menggabungkan keanggunan kasut balet dengan identiti sporty yang menjadi signature jenama Jepun Onitsuk Tiger. Ringan, feminin dan versatil, ia hadir sebagai jawapan kepada wanita moden yang mahukan gaya dan keselesaan dalam satu langkah.

Dari jauh, GYMNARINA™ memancarkan pesona ballet flats klasik yang cukup manis. Namun, apabila dilihat dengan lebih dekat dan anda akan menemui sentuhan warisan Onitsuka Tiger yang begitu ikonik. Jalur Onitsuka Tiger Stripes, perincian silang pada bahagian atas serta heel flap yang diinspirasikan daripada MEXICO 66™ menjadikan siluet ini terasa segar tanpa menghilangkan DNA asalnya.

Balletcore mungkin terkenal dengan estetika romantik, tetapi GYMNARINA™ membuktikan bahawa kasut feminin juga boleh menjadi teman terbaik untuk rutin seharian. Diperbuat daripada kulit premium yang lembut, ia dilengkapi dengan shirring elastic yang mengikuti bentuk kaki secara semula jadi, sementara tapak luarnya direka untuk memberikan kestabilan dan fleksibiliti bagi memastikan keselesaan berpanjangan daripada urusan pagi sehingga temu janji makan malam.

Apa yang menjadikan GYMNARINA™ lebih menarik ialah kebebasan untuk mengubah penampilannya mengikut mood. Setiap pasang hadir dengan dua pilihan tali kasut; tali rata dengan kemasan metal aglets untuk gaya minimalis yang chic, serta tali reben satin yang menambahkan elemen romantik dan sofistikated. Satu siluet, dua personaliti yang berbeza.

Pilihan warnanya juga tidak kurang memikat. CLASSIC RED/CREAM dan DAZZLING BLUE/CREAM tampil berani untuk mereka yang gemar membuat fashion statement, manakala BLACK/CREAM kekal sebagai pilihan timeless yang mudah dipadankan dengan apa sahaja. Bagi pencinta sentuhan metalik yang lebih lembut, SILVER/CREAM dan ROSE GOLD/CREAM menawarkan kilauan subtle yang cukup elegan.

GYMNARINA™ muncul sebagai keseimbangan sempurna antara nostalgia, keselesaan dan gaya kontemporari. Ia bukan sekadar ballet flats biasa tetapi berpotensi menjadi it shoes yang akan mendominasi musim ini. Koleksi GYMNARINA™ kini boleh didapati di butik Onitsuka Tiger dan platform rasmi online bermula 26 Jun.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down