Langgan

Onitsuka Tiger Dan Konsep Budaya Jepun Di Milan Fashion Week

The Aesthetics of Ma
2 minit untuk membaca
Published: March 17, 2026

Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi musim luruh/dingin 2026 di Minggu Fesyen Milan dengan mengangkat konsep budaya Jepun.

onitsuka tiger

Onitsuka Tiger kembali ke kalender Milan Fashion Week 2026 dan kali ini, konsep budaya Jepun diangkat sebagai tema koleksi. Lokasi kali ini bersinar dengan rona ceria ReFa HEART BRUSH, dihiasi elegan dalam warna kuning ikonik Onitsuka Tiger.

Untuk koleksi musim luruh/dingin 2026, tema ‘The Aesthetics of Ma’ digunakan Onitsuka Tiger dengan ‘Ma’ menggambarkan ruang bermakna di antara dua elemen, sama ada dalam ruang mahupun masa. Bukanlah kekosongan, sebaliknya satu ketengangan yang aktif, sebagai konsep mengekspresikan cara pemakaian yang melangkaui acara ataupun rutin. Estetika fesyen tidak hanya pada pakaian iitu sendiri, ia dibentuk oleh karakter dan sikap individu siapa yang memakainya.

Di Milan kali ini, koleksi dipersembahkan dengan gabungan formalwear, kasual, pakaian kerja dan pakaian sukan yang disatukan. Ini menghasilkan kombinasi yang segar dan tidak dijangka. Rekaan gaun hadir dengan jalur mendatar digayakan bersama hoodie herringbone oversized. Gaun berlisu warna hijau epal pula dipadankan dengan vest pendek bertekstur korduroi yang digabungkan dengan boa lengkap dengan poket besar.

Sementara itu, blaus kapas genggang dengan sisipan floral digayakan bersama skirt midi kuning dan disempurnakan dengan reben biru langit di pinggang. Penampilan romantik lain menampilkan fleece hijau di atas blaus merah jambu dengan reben di leher, digayakan bersama skirt mini dengan tampalan poket.

Attitude kasual pula diseimbangkan dengan seni jahitan yang kemas. Kot double-breasted panjang inspirasi military dengan kolar dan butang kontras, dipadankan dengan kasut sneakers bertapak tinggi. Atau set dua helaian yang terdiri daripada blazer double-breasted dan skirt lisu pendek dalam rona hijau zaitun, dilapiskan di atas kemeja genggang floral berperincian ruffle.

Kasut dan Aksesori Musim Luruh/Dingin 2026

ot

Model MEXICO 66™ SQUARE membuat debut kali ini. Kasut terbaharu ini membawakan interpretasi baharu yang lebih langsing dan berfokus pada tapak rata bagi kasut ikonik MEXICO 66™ Onitsuka Tiger sempena ulang tahun ke-60 model ikonik tersebut. Kasut ini hadir dalam pelbagai versi termasuk cetakan kulit lizard, motif floral serta warna solid. Dua rekaan kasut tumit slingback turut melengkapkan koleksi ini. Satu dengan hujung runcing bersama flap kulit lipat dan tali pinggang, manakala satu lagi menampilkan semula jalur ikonik Onitsuka Tiger.

Beg musim baharu ini juga diperkenalkan. Kali ini, beg silang hadri dengan badan kompak berbentuk segi empat dengan perincian stud dan penutup tali menegak. Turut diperkenalkan ialah rangkaian aksesori charms yang direka untuk dipasang pada beg atau tali pinggang dengan cincin khas. Ia menampilkan pelbagai pilihan seperti reben berwarna-warni, kantung mini fon telinga, pemegang gincu serta sarung cermin mata.

nani hirunkit

Barisan selebriti Asia turut menghangatkan pertunjukan Onitsuka Tiger musim luruh/dingin 2026 di Milan ini. Antaranya bintang Thailand, Nani Hirunkit Changkham; HONG EUNCHAE daripada LE SSERAFIM, Xia Zhi Guang, Lou Jun Shuo (SHOU), Raisa Andriana, Niana Guerrero, Haven Teo, Heart Evangelista serta Casey Wong.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down