Langgan

'Wild Escape' Menyingkap Pesona Romantik di Timur

Lembaran fesyen isu Oktober 2026.
Oleh | TERJEMAHAN Athirah Zahra
3 minit untuk membaca
Published: October 30, 2026

Tinggalkan kota, mengembara ke alam liar dan nikmati keindahan romantik yang unik di Timur. Musim ini, pengembaraan bukan sekadar tentang destinasi, tetapi juga peluang untuk mengenali sisi diri yang lebih bebas, berani dan spontan. Menerusi edisi Oktober, ELLE menampilkan dua model dari Timur, Ye Riqun dan Chen Yang sebagai protagonis kepada sebuah kisah yang mereka cipta sendiri. Dengan latar alam yang memukau dan gaya yang penuh ekspresi, kedua-duanya meraikan kebebasan untuk bermimpi, meneroka dan menyerlah mengikut cara tersendiri.

Boho 101

Sued, rumbai dan perincian sulaman, tiga elemen asas untuk mencipta gaya boho chic. Lengkapkan bersama topi koboi dan but, voilà anda sudah bersedia!

Kiri: Jaket dan skirt jumbai daripada OUDE WAAG. But rider daripada JIMMY CHOO. Kanan: Rompi, kemeja cetakan leopard dan skirt jumbai daripada XU ZHI. But sued daripada KOUKOUMU.

Orange Rush

Rona oren dengan tekstur yang mewah membawa semangat boho yang bebas, spontan dan penuh gaya.

Gaun bandeau dan seluar sendat daripada ALAÏA

Kontras Warna

Berikan ruang untuk bereksperimen dengan kombinasi warna. Gaya yang menonjol hadir apabila kita berani keluar daripada zon selesa.

Kemeja, skirt sulaman, kasut tumit tinggi dan stoking, kesemuanya daripada PRADA. Rantai batu karang, gelang dan anting-anting bunga daripada YESPICKS

Suit Yourself

Lupakan potongan yang terlalu sempurna. Bermain dengan siluet, proporsi atau malah ciri asimetri untuk memberikan tailoring klasik nafas yang lebih playful.

Jaket, kemeja dan seluar daripada DIOR. But daripada ANN DEMEULEMEESTER

Tenaga Besar

Jaket puffer dan but paras lutut berpotongan longgar menyerlahkan siluet dramatik. Sedikit pendedahan kulit mengganggu dominasi siluet, sekali gus menyeimbangkan keseluruhan gaya.

Jaket fleece, gaun dan subang bunga daripada daripada MIU MIU. But paras lutut daripada DYMONLATRY

Momen Plaid

Plaid kembali menjadi tumpuan. Sama ada kot, kemeja atau apa jua item dalam almari, corak ini mampu memberikan karakter pada setiap gaya. 

Kot plaid daripada CHLOÉ

Wild Thing

Liar dan glamor dalam satu gaya. Set padanan bercorak leopard menjadi tumpuan, manakala kasut tumit tinggi menyuntik karakter yang lebih chic.

Blaus rajut bercorak leopard, gaun maxi rajut bercorak leopard dan kasut tumit tinggi daripada LOUIS VUITTON

Ledakan Tekstur

Kelebihan menggayakan lapisan tekstur yang berbeza? Penampilan tampak lebih kaya, berdimensi dan menarik secara visual. Tidak perlu terlalu banyak warna atau corak.

Rompi bulu, kemeja sheer, seluar, sarung tangan sued dan tali pinggang, kesemuanya daripada BRUNELLO CUCINELLI. But rider sued daripada KOUKOUMU

Kontras Klasik

Hitam dan putih sinonim dengan gaya clean dan refined. Rona klasik ini juga memberi ruang untuk meneroka teknik penggayaan seperti menyarungkan kemeja secara terbalik atau melapiskan skirt renda di atas kemeja.


Kiri: Kemeja kulit (digayakan secara terbalik) dan jean workwear daripada GIVENCHY. Kanan: Kemeja dan skirt renda daripada DOLCE & GABBANA

Bunga Liar

Siluet longgar dan flowy bukan sahaja selesa, malah mencipta gaya yang effortless. Cetakan bunga pula menghidupkan penampilan dengan aura feminin dan romantik. 

Gaun bercorak bunga biru dan but tumit tinggi hitam daripada MCQUEEN

Imbas Kembali

Jangan takut bermain dengan lapisan, tekstur, cetakan dan aksesori. Selitkan juga elemen berinspirasikan vintaj untuk memberikan karakter dan imej nostalgia pada gaya Western.

Kemeja bermotif jingga, rompi hijau dan seluar hijau daripada LORO PIANA. Tali pinggang berjumbai coklat daripada ZARA

Putih Melati

Rona serba putih mencipta momen monokrom yang menyerlah, membiarkan tekstur dan siluet menjadi bahasa utama gaya.

Kiri: kemeja dan seluar daripada CELINE. But rider daripada GANNI. Kanan: Gaun daripada MING MA. Tali pinggang dengan perincian logam daripada ZARA. But hitam daripada JIMMY CHOO. Gelang daripada OLIO E ACETO

Good Fortune

Gaya ikonik Amerika Barat yang disuntik dengan sentuhan budaya Timur. Rona serba merah melambangkan tuah, kemakmuran dan kegembiraan!

Jaket twil, seluar kulit dan tali pinggang perincian logam daripada VERSACE


Fotografi Jiang Nan Penataan Gaya Gao Ding Solekan JEFFERY Dandanan Weng Yuwei Model Ye Riqun & Chen Yang/Summer Pereka Grafik Zhao Wei Penerbit Zihan & Fu Yufan Pembantu Penataan Gaya XIN, SIQI dan Youzi Penghargaan Khas Xinjiang Wilderness Ranch Teks & Terjemahan Athirah Zahra

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down