
Pada musim panas 2013, Kehlani yang berusia 18 tahun mengeluarkan lagu pertamanya di SoundCloud. ‘Antisummerluv’ mempersembahkan suara merdu effortless-nya di atas melodi sultry dengan lirik yang bermain dengan idea percintaan singkat pada musim panas. Tiga belas tahun, empat album dan tujuh pencalonan anugerah Grammy kemudian, Kehlani akhirnya menerima pengiktirafan dengan lagu yang mengikuti formula sama tetapi telah melonjakkan kerjayanya ke tahap baharu. ‘Folded’ yang dikeluarkan tahun lepas meraikan kemenangan dua anugerah Grammy untuk Best R&B Performance dan Best R&B Song. Ikon genre R&B, Mario juga kongsi video nyanyian lagu itu di Instagram justeru menghasilkan sebuah remix secara rasmi yang melibatkan ramai lagi ikon lain seperti Brandy, Toni Braxton dan Ne-Yo. ‘So can you come and pick up your clothes? I have them folded,” nyanyi Kehlani atas rentak slow-burn. Adakah lagu itu menceritakan kisah putus cinta? Sebuah hook-up? “Orang ramai masih mencari jawapannya,” dia menjelaskan sambil ketawa.
Kisah yang Tidak Hitam Putih

Bagi Kehlani, ‘Folded’ menceritakan “situasi yang bukan hitam putih, ia tentang kesedaran tentang kekesalan tentang reaksi atas sebuah kejadian.” Yang jelas adalah bunyi klasik R&B lagu itu yang boleh tersalah anggap sebagai lagu hit tahun 90-an tetapi masih kedengaran kontemporari. “Pada tanggapan saya, R&B telah lama dijerat dengan piawaian memaksa bunyinya untuk kedengaran alternatif untuk dianggap bijak,” kata Kehlani. “Kembali untuk mengeluarkan lagu klasik R&B sangat menakutkan kerana walaupun ramai orang menerangkan minat mereka kepada bunyi itu, realitinya mereka selalu tak menghargainya.”

Sekarang merupakan detik penting bagi kerjayanya dan album self-titled berjudul ‘Kehlani’ menandakan kematangan dan juga kepulangan semula ke asal-usulnya. Menjelang irama sultry perlahan dan lagu party bersemangat yang ditakdirkan untuk mengisi pentas tarian, suara lembut Kehlani bergabung dengan denyutan 808. Artis yang turut ditampilkan dalam album ini adalah ikon gagah bagi genre hip-hop dan R&B seperti Missy Elliott, Lil Wayne, Brandy dan Usher. Bersembang melalui Zoom dari California, Kehlani meletakkan fokus untuk melengkapkan albumnya. “Saya cuba meraikan diri tapi tetap merendah diri.’ Contohnya digambarkan pada sambutan kemenangan Grammy. “Kami mengadakan party sambutan lalu saya bermain pool dengan rakan-rakan,” katanya. Saya akhirnya mencapai tahap di mana saya tahu cara mengawal, merendahkan dan melindungi diri sendiri. Hanya bila saya mempelajari perkara ini baru kejayaan mula dicapai.”
Berdepan Kontroversi dan Tekanan

Kehlani senang hati kerana lagu hit terbesarnya datang selepas sedekad dalam industri. Kenaikannya kadang kala bergelora dan penuh keraguan. “Populariti telah lama kelihatan rapuh bagi saya,” katanya. “Saya tidak pernah dapat memahami dengan penuh tentang cara mendekatinya.” Pada tahun 2016, sementara melengkapkan album sulungnya, penyanyi asal Canada, PartyNextDoor, memuat naik gambar tangan Kehlani seakan-akan berkongsi katil bersama. Pada ketika itu, dia dianggap masih bersama bekas teman lelakinya, bintang NBA, Kyrie Irving, dan dia menerima pelbagai kecaman online yang menuduhnya curang. Tidak lama selepas itu, Kehlani cuba membunuh diri. Kehlani kemudian pulih sepenuhnya, tetapi seksualiti, identiti jantina dan pandangan politiknya masih menjadi topik kecaman. Ada juga yang menyoal penglihatannya dalam sebuah cult selepas dituduh oleh seorang bekas kekasih.
Menggunakan Platform untuk Bersuara

Sekarang dia berhati-hati tentang apa yang dia kongsi atas talian. “Saya telah meluahkan segalanya kepada publik dan terbakar dalam prosesnya,” dia berkata. Akan tetapi, dia masih sedar akan kuasanya sebagai seorang artis. Kehlani menggunakan ucapan penerimaan Grammyn untuk menentang ICE (Jabatan Imigresen di Amerika Syarikat) dan sentiasa menyuarakan pandangannya tentang krisis kemanusiaan di Palestine, menerima ancaman bunuh serta menyebabkan persembahan dibatalkan. “Akan ada sebab musabab yang akan saya hadapi sepanjang hidup walaupun menerima anugerah Grammy,” dia berkata. “Kadang kala saya terasa sunyi tapi saya mempunyai platform yang besar dan usaha minimum saya adalah untuk bercakap tentang apa yang sedang terjadi. Ia seperti sebahagian daripada kerja saya; untuk berkata awak tak boleh menyekat kata-kata saya, lagi-lagi apabila saya mempunyai ramai peminat. Saya tahu audiens saya, mereka mendengar dan turut menyokong.”

Kehlani mencapai usia 30-tahun pada tahun lepas, menjejak kedalam dekad baharu kehidupannya membawa sebuah kearifan. “30 bagi saya adalah tentang penerokaan pendapat saya tentang pelbagai perkara. Saya dalam era di mana saya menjalankan kehidupan terbaik tanpa membiarkan dunia luar mentakrifkan maksud itu.”

