Langgan

Keahlian Wellness Eksklusif Park Hyatt Kuala Lumpur

Lebih daripada keahlian, ia adalah komitmen kepada diri.
1 minit untuk membaca
Published: February 1, 2026

Park Hyatt Kuala Lumpur memperkenalkan Exclusive Wellness Memberships, sebuah program kesejahteraan eksklusif yang direka dengan penuh pertimbangan untuk menyokong keseimbangan hidup, kesedaran diri dan kesejahteraan harian.

Terletak di sebuah sanctuary peribadi di aras tertinggi hotel, pengalaman ini mengajak anda memperlahankan rentak, jauh dari hiruk-pikuk kota.

Wellness, Dengan Pendekatan Lebih Intim

Tidak seperti program kesejahteraan biasa, keahlian ini ditawarkan dalam jumlah yang sangat terhad dengan hanya 30 ahli dalam satu komuniti yang dikurasi rapi.

Setiap detik dicipta untuk terasa peribadi, tenang dan tidak tergesa-gesa, selari dengan falsafah Park Hyatt yang menitikberatkan privasi, presence dan kesinambungan pengalaman.

Discovery Membership

Discovery Membership menawarkan pengenalan selama tiga bulan ke fasiliti kesejahteraan Park Hyatt Kuala Lumpur dengan akses ke ruang pemulihan utama serta keistimewaan terpilih merangkumi spa dan sajian.

  • Harga: MYR 3,000+ (langganan sekali)
  • Ditawarkan sehingga Jun 2026

Residence Membership

Residence Membership ialah program selama setahun yang direka untuk individu yang mencari rutin kesejahteraan yang lebih bersepadu. Ia merangkumi rawatan wellness diperibadikan, akses ke fasiliti kesejahteraan teras hotel, serta keistimewaan lanjutan meliputi spa, kecergasan dan perkhidmatan gaya hidup.

  • Tempoh: 1 tahun
  • Harga: MYR 15,000+
  • Boleh diperbaharui setiap tahun

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down