Langgan

The Real e.Mas Drive Zoom To Bloom

Sebuah perjalanan yang mengubah cara melihat mobiliti harian
2 minit untuk membaca
Published: May 25, 2026

Ada sesuatu yang berbeza apabila sebuah pemanduan tidak lagi terasa seperti sekadar perjalanan dari titik A ke titik B. Jalan ke Janda Baik pagi itu terasa lebih perlahan, lebih tenang dan memberi ruang untuk menikmati perjalanan tanpa tergesa-gesa. The Real e.MAS Drive 2026: Zoom to Bloom hadir bukan sebagai acara automotif biasa. Ia sebuah pengalaman yang menggabungkan mobiliti moden, kesejahteraan diri dan ritma gaya hidup masa kini.

Pemanduan Yang Terasa Lebih Ringan

Bermula dari Proton Centre of Excellence (COE), konvoi kecil wanita-wanita media dan pencipta kandungan bergerak menuju Sentosa Janda Baik dengan pendekatan yang cukup santai. Tiada elemen ekstrem atau demonstrasi agresif tentang prestasi kenderaan. Sebaliknya, keseluruhan pengalaman lebih memberi fokus kepada bagaimana sebuah EV boleh menyatu secara semula jadi dalam rutin harian.

Sepanjang laluan, karakter Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 7 PHEV mula terasa melalui cara ia bergerak dengan cukup senyap dan lancar. Di lebuh raya, kabinnya terasa menenangkan. Bunyi persekitaran seakan terasing daripada ruang dalaman dan menjadikan perjalanan jauh terasa lebih ringan. Dalam suasana sebegitu, perjalanan sebenarnya mula terasa seperti ruang untuk berehat, bukan sesuatu yang meletihkan.

Bila EV Menjadi Sebahagian Daripada Gaya Hidup

Di satu hentian, demonstrasi pengecasan pantas dilakukan secara langsung. Namun suasananya jauh daripada teknikal atau terlalu serius. Ia lebih kepada memperlihatkan bagaimana rutin mengecas boleh berlaku secara santai dalam kehidupan sebenar.

Pendekatan inilah yang menjadikan Zoom to Bloom terasa lebih relevan. Ia tidak melihat EV sebagai simbol teknologi semata-mata tetapi sebagai sebahagian daripada ekosistem gaya hidup moden yang lebih praktikal dan mindful.

Sebaik tiba di Sentosa Janda Baik, pengalaman diteruskan dengan sesi floral arrangement berinspirasikan ikebana moden. Dalam suasana yang cukup damai, peserta mula menyusun bunga, berbual dan menikmati ritma yang lebih perlahan daripada rutin bandar biasa.

Ruang Yang Menyesuaikan Kehidupan Sebenar

Sepanjang perjalanan, aspek praktikal turut menjadi perkara yang paling mudah disedari. Ruang simpanan luas, fleksibiliti kabin dan susun atur yang mesra penggunaan harian menjadikan kedua-dua model terasa sesuai untuk pelbagai rutin moden, tidak kira untuk perjalanan kerja, hujung minggu singkat atau membawa peralatan harian tanpa perlu berfikir terlalu banyak tentang ruang. 

Proton e.MAS 7 PHEV pula memberikan satu dimensi berbeza menerusi gabungan pemanduan elektrik dan fleksibiliti petrol untuk perjalanan lebih jauh. Ia memberi rasa yakin tanpa tekanan tentang jarak perjalanan, sesuatu yang sering menjadi persoalan utama bagi pengguna yang masih dalam fasa peralihan ke arah elektrifikasi.

Dalam masa sama, kemunculan Proton e.MAS 5 berwarna Jade Green turut menarik perhatian ramai. Warna lembut seperti Matcha drink itu menjadikan keseluruhan karakter kereta terasa lebih lifestyle-driven berbanding terlalu futuristik atau agresif seperti kebanyakan EV lain di pasaran hari ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down