Langgan

Santapan Sihat Malaysian-Friendly

Sincerely, yang penat makan overnight oats.
2 minit untuk membaca
Published: July 22, 2025

Apabila dibuka topik makanan sihat, mulalah semua berbicara tentang avocado toast, overnight oats, english muffins. Ya, sememangnya tidak dinafikan bahawa semua makanan itu mudah dan sihat dimakan. Tapi mari kita berundur selangkah. Cuba bayangkan, kita suruh aunties yang berusia 50 tahun makan chia seeds. Pelik bukan?

Jadi, walaupun pilihan-pilihan yang diberikan cukup bagus, tapi let's be honest, ia tidak realistik dan semestinya tidak ideal untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia. ELLE rasa mungkin itu juga adalah antara asbab orang Malaysia sukar menjaga pemakanan atau menurunkan berat badan. Jadi bila tak tahu nak makan apa ketika brunch, jangan risau— sekali lagi, ELLE to the rescue!

Nasi Kerabu

Kelantan wins this round! Nasi kerabu kaya dengan sayur-sayuran yang menambahkan volume dalam makanan. Ini membantu anda berasa kenyang dengan lebih cepat. Kebiasaannya nasi kerabu dihidang dengan ikan, ayam atau daging bakar, menjadikannya lebih tinggi protein.

Instagram: @sambalshiok

Tosai

Bukanlah orang Malaysia jika tidak makan mamak, bukan? Diperbuat daripada lentil dan beras yang ditapai, kandungan probiotiknya yang tinggi menjadikan tosai sebagai rakan baik bagi sistem penghadaman anda. Bagaikan extra treat, kuah tosai, chutney juga sesuai dimasukkan dalam amalan pemakanan sihat.

Sumber: Pexels

Asam Laksa

Kuah asam laksa merupakan kuah yang berasaskan ikan (tinggi protein)! Ia juga tidak mengandungi bahan pemekat seperti santan dan seantaranya. Hasilnya, kandungan lemak adalah lebih rendah. Banyakkan sahaja ulaman seperti timun, nenas dan bunga kantan tatkala makan.

Instagram: @xiilaaa

Nasi Ayam Hainan

Hidangan yang cukup popular, ia terasa seperti sebuah bonus apabila makanan menyelerakan ini dikategorikan sebagai makanan yang sihat. Nasi ayam Hainan menggunakan ayam kukus, menjadikkannya pilihan yang lebih baik. Juga sesuai jika anda sering bersenam kerana kandungan protein tinggi. Jangan lupa untuk minta timun ekstra!

Sumber: Pexels

Roti Bakar dan Telur

Menu wajib yang ELLE pesankan tiap kali makan di kedai kopitiam. Kombinasi yang mudah dan memuaskan. Kepingan roti bakar, dicelupkan dalam dua telur separuh masak, yang disertakan dengan sedikit lada putih dan kicap. Memang patutlah ia menjadi menu klasik! 'Ditch'kan sahaja kombinasi mentega dan kaya dalam roti untuk meningkatkan skor kesihatannya.

Instagram: @nasi_pakman

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down