Langgan

Purrfect Spot: Senarai Cat Cafe di KL Untuk Anda Kunjungi

Perlukan Healing? Singgah ke Cat Cafe di KL dan luangkan masa bersama si bulus.
2 minit untuk membaca
Published: May 4, 2026

Di Kuala Lumpur kafe kucing atau cat cafe dalam diam telah berubah daripada tempat persinggahan baharu yang hanya dikunjungi sekali ke ruangan santai bagi orang ramai untuk berehat sambil ditemani si bulus lantas menjadi tempat gaya hidup di bentuk. Terletak di sekitar Kuala Lumpur terdapat pelbagai jenis cat cafe yang boleh diterokai, kafe-kafe ini bukan sahaja memberi peluang untuk bermain dengan kucing tetapi juga mencipta tempat chill di tengah-tengah gegak gempita bandar raya seperti KL.

1. Monster A. Garden Cafe

7-minit perjalanan dari MRT Pasar Seni terletaknya Monster A. Garden Cafe. Tersorok di bahagian atas sebuah rumah kedai, melangkah masuk ke premis itu anda akan melihat segerombolan kucing bermain dan berehat malas di sekitar kafe itu. Tiada bayaran masuk diperlukan, anda hanya dikehendaki memesan satu item dari menu mereka seterusnya anda boleh menikmati juadah ataupun minuman sambil berteman dengkuran kucing yang menenangkan.

2. Poppy Kat Cafe

Disebalik sebuah pintu vibran oren adalah Poppy Kat Cafe dengan reka bentuk dalamannya yang sangat Insta-worthy! Bertempat di Taman Taynton View, Cheras, Cat Cafe ini bukan sahaja tular dengan kucing-kucing yang comel dan manja berkeliaran tetapi juga dengan croffle perang keemasannya bersama pilihan luas untuk topping. Dengan satu pesanan dari menu mereka anda boleh bermain dengan kucing tanpa had masa, memberi peluang masa untuk anda bersantai.

3. Cuffymeow Cat Cafe

Cuffymeow Cat Cafe di Bandar Bukit Jalil, menampilkan reka bentuk dalaman yang diilhamkan oleh estetika Muji dan gaya interior Korea, mencipta ruang yang selesa dan menenangkan. Bagi anda yang waswas tentang kebersihan cat cafe, Cuffymeow Cat Cafe memisahkan ruang menjamu dan ruang interaksi bersama kucing mereka. Sekitar 30 ekor kucing berumah di kafe ini. Kucing-kucing di sini juga kadangkala memakai kostum, menjadikan pengalaman di Cuffymeow Cat Cafe cukup unik.

4. Ragdoll Catfe

Ragdoll Catfe di Setapak digayakan seolah-olah tapak perkhemahan. Kerusi lipat, lampu cahaya hangat dan juga hiasan pokok-pokok palsu, menjadikannya ruangan bertenang hampir seperti tempat berkelah di tengah bandar. Berkeliaran di dalam kafe ini adalah lebih daripada 20 ekor kucing berbaka Ragdoll, Maine Coon dan juga British Shorthair, semuanya mempunyai personaliti tersendiri.

5. Miao Cafe X S.Tea

Kucing-kucing di Miao Cafe X S.Tea di Cheras ini terdiri daripada baka Devon Rex, Somali, Ragdoll dan terutamanya banyak Maine Coon! Keunikan cafe ini terletak kepada penampilan koleksi terluas warna Maine Coon di Malaysia. Selain itu, setiap kucing di kafe ini dipilih kerana selesa dan manja di sekitar pengunjung. Dengan pembelian satu minuman anda boleh menikmati masa tanpa had bersama kucing-kucing di sini. Anda juga boleh membawa kucing sendiri ke kafe ini selagi mematuhi syarat yang ditetapkan.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down