Langgan

New Balance Hidupkan ‘Grey Days’ 2026 di APW Bangsar

Grey is giving main character energy this season.
2 minit untuk membaca
Published: May 14, 2026

Grey Days, Tetapi Dengan Jiwa Komuniti

Jika ada satu warna yang cukup sinonim dengan identiti New Balance, ia semestinya kelabu. Minimal, versatil dan timeless. Warna ini sudah lama menjadi DNA jenama tersebut, melangkaui dunia sportswear dan memasuki ruang budaya, gaya hidup serta komuniti sneaker global.

Tahun ini, sempena sambutan tahunan Grey Days 2026, New Balance membawa pengalaman itu lebih dekat kepada komuniti tempatan menerusi Grey Neighbourhood, sebuah pop-up eksklusif selama empat hari yang berlangsung di APW Bangsar, dari 14 hingga 17 Mei 2026.

Bertempat di The Paper, APW Bangsar, pengalaman ini bukan sekadar pelancaran koleksi tetapi sebuah destinasi untuk runners, creatives, sneakerheads dan urban crowd yang mahu merasai sendiri bagaimana warna kelabu menjadi simbol komuniti dan ekspresi diri.

Antara tarikan utama adalah kolaborasi khas bersama Jefr Studio, yang menghasilkan siri bandana eksklusif Grey Days dalam dua interpretasi berbeza diinspirasikan oleh pergerakan, individualiti dan semangat komuniti.

Tiga Aktiviti, Satu Pengalaman Grey Yang Lengkap

Pengunjung berpeluang meneroka tiga pengalaman interaktif yang direka khas sepanjang pop-up ini:

The Grey Loop

Sebuah one-shot walkthrough yang membawa anda menyelami kisah dan evolusi Grey Days, bagaimana warna kelabu menjadi identiti ikonik New Balance.

Your Grey Moment

Ruang untuk mencipta keepsake peribadi, menjadikan pengalaman ini lebih intimate dan bermakna.

The Grey Canvas

Dinding graffiti komuniti di mana setiap pengunjung boleh meninggalkan signature atau ekspresi kreatif mereka sendiri.

Lengkapkan ketiga-tiga pengalaman ini dan anda boleh menebus hidangan eksklusif di Grey Diner. Lebih menarik, kongsi pengalaman anda di media sosial dan anda juga berpeluang memenangi sepasang kasut Grey Days.

Eksklusif Untuk Pengumpul & Sneaker Lovers

Selain pengalaman pop-up, New Balance turut menawarkan collectible eksklusif sepanjang Grey Days:

Grey Days Bandana

Dengan pembelian minimum RM499, termasuk sekurang-kurangnya satu item apparel Grey Days, anda akan menerima bandana eksklusif hasil kolaborasi Jefr Studio.

Grey Days Ceramic Cup

Dengan pembelian minimum RM699, termasuk sekurang-kurangnya satu item Grey Days (footwear atau apparel), pelanggan boleh membawa pulang cawan seramik edisi terhad.

Kedua-dua item ini tersedia sementara stok masih ada.

Bila & Di Mana?

The Paper, APW Bangsar
14 – 15 Mei 2026 (Khamis & Jumaat): 11 pagi – 10 malam
16 – 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad): 10 pagi – 10 malam

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down