Langgan

4 Kunci Penggayaan TAG Heuer

Seutas jam tangan mampu menjadi titik tumpuan yang melengkapkan penggayaan seseorang. TAG Heuer ada caranya.
Oleh | TERJEMAHAN Hafizan Mohd
3 minit untuk membaca
Published: August 9, 2024

Semuanya bermula dengan hanya seutas jam tangan sebelum ia menjadi koleksi dan obsesi penggemarnya. Untuk Ronnie Fieg, pemilik jenama Kith, siri 1986 Formula 1 daripada TAG Heuer dalam rona merah dan hitam menjadi penyebab obsesi terhadap jam bermula.

Obsesi ini menjadi ruang bisnes buatnya yang tidak juga dijangka sedekad setelah itu menerusi jenama Kith, dia berkolaborasi bersama TAG Heure mencipta his own piece of watches! Projek kolaborasi ini merupakan inisiatif untuk menghidupkan semula siri Formula 1 yang direka oleh Eddy Burgener.

Kali ini tampil lebih kontemporari dengan penelitian terhadap kualiti material serta pemilihan warna yang lebih menyerlah. Siri asal yang talinya mewah dibaluti keluli tahan karat kini diberi nafas baru dengan keluli hitam PVD dalam saiz 35 mm. Menyerlahkan lagi ciri istimewanya kali ini ia dilengkap dengan brushed steel folding clasps juga arnite pin buckles.

Koleksi ini terdiri daripada 10 jam tangan kesemuanya yang mana 7 daripadanya adalah koleksi istimewa Kith. Dengan pilihan warna terang menciptakan sesuatu yang lebih fun dan menyerlah seperti merah yang merupakan sebuah tribute daripada koleksi era 80-an bersama pelumba F1 Ukyo Katayama. Selaian kuning, hijau serta hijau yang datang dengan stail yang tersendiri.

1. TAG Heuer Formula 1 | Kith

TAG Heuer Formlua 1 | Kith, MYR 7,235.86, TAG Heuer & Kith
Lightweight Padded Skater Jacket, MYR 1,342.84, Calvin Klein

Fokus utama koleksi ini adalah jam tangan dengan bingkai berwarna hitam dengan perincian warna merah yang memercikkan elemen klasik dengan cukup dominan. Material keluli tahan karat yang membaluti keseluruhan jam tangan ini memberikan nostalgia versi 1986 padanya.

Dalam penggayaan vintaj dan moden - gaya kasual pada model dalam balutan jaket padded Calvin Klein menyerlahkan keaslian jam tangan pada masa yang sama menghasilkan sesuatu yang cukup effortless.

2. TAG Heuer Exclusives 

TAG Heuer Formula 1 | Kith, MYR 9,563.74
Jakey Satin TOMMY JEANS x INTERNATIONAL GAMES

Dua jam tangan eksklusif siri ini datang dengan warna yang cukup menerlah - biru dan hijau. Edisi terhad dengan hanya 825 utas jam tangan sahaja dibuat bagi edisi kali ini seluruh dunia. Hadir dengan bingkai jam berwarna hitam, dengan tali jam getah yang lebih edgy melengkapkan koleksi kali sebagai satu koleksi yang bersifat sporty-chic.

TAG Heuer Formula 1 | Kith, MYR 9,563.74, Tag Heuer & Kith 
Go-To Polo Shirt (Collegiate Green), Adidas

Jika hijau warna bertuah anda, ini adalah idea penggayaan yang cukup sempurna dengan jam tangan TAG Heure. Gayakan dengan t-shirt polo Adidas dan celana singkat warna gelap mampu memberikan koordinasi gaya yang cukup dominan.

3. TAG Heuer Formula 1 | Kith New York 

TAG Heuer Formula 1 | Kith New York, MYR 9,563.20 Tag Heuer & Kith 
Performance Cotton-Blend Long-Sleeve Polo Sweater (White), MYR 565.41, RALPH LAUREN 

Hitam dan putih - gabungan klasik yang tidak lapuk dek zaman. Penggayaannya timeless dan mudah disatukan dalam apa juga situasi. Jam tangan ini dibaluti mewah rona gelap yang memberikan sentuhan cukup elegan dengan perincian warna putih yang memberi mood berbeza.

Gayakan dengan baju knit Polo Ralph Lauren, bukakan butang kolarnya, lipatkan sedikit lengan dan atur langkah dengan yakin. Gaya elegan ini lengkap dengan celana hitam yang mampu memberi kesempurnaan dalam penggayaan.

4. TAG Heuer Formula 1 | Kith Los Angeles

TAG Heuer Formula 1 | Kith Los Angeles, SGD 2150, TAG Heuer & Kith
Women’s Tailored '90S Trucker Jacket MYR 7,235.86, LEVI'S®

Bergaya cukup santai dengan gabungan putih dan biru yang diperincikan dengan lima lapisan keluli tahan karat memercikkan ilham cukup versatil. Boleh digayakan setiap hari dalam apa jua acara. Denim birum Levi's menerbitkan gaya lebih santai dan memikat pastinya.

Alternatively, style your TAG Heuer Formula 1 | Kith New York with a cut-out or bodycon top like the Cut-out Sweater by Coperni, for a sleek silhouette fit that exudes sophistication. Don’t forget to accessorise with silver or chrome jewellery to accentuate the steel bracelet.

Cut-out Sweater hitam dan putih, Coperni

Kolaborasi TAG Heuer bersama Kith adalah sebuah impian yang menjadi kenyataan kebayakan penggemar jam. Sebagai satu alternatif gaya, cut-out top daripada Coperni menghasilkan siluet yang cukup sofistikated.

Artikel asal ELLE Singapore.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down