Pengeluar jam tangan Haute Horlogerie dari Switzerland, Audemars Piguet meneruskan kembara konsep butik globalnya di peringkat antarabangsa dengan pembukaan di Kuala Lumpur. Butik yang terletak di pusat beli-belah The Starhill ini berkeluasan 425 meter persegi dan merangkumi dua tingkat.
Ia menandakan satu babak baru dan komitmen berterusan Audemars Piguet dalam menawarkan pengalaman penghasilan jam tangan yang lebih imersif kepada pelanggan. Di ruang baru ini, seni bina dan seni ketukangan menyatu dalam sebuah naratif yang menceritakan kisah sejarah dan warisan.
Berlangsung glamor pada 16 Julai 2026 lalu, satu acara khas yang akan dihadiri oleh Stefanie Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Audemars Piguet Asia Tenggara bersama Luis Miguel Gonzalez Sebastiani, Ketua Pegawai Komersial Audemars Piguet. Bagi meraikan pembukaan ini, satu instalasi khas turut dipamerkan di ruang Piazza sebagai penghormatan kepada legasi dan kepakaran jenama ini.
Bersempena dengan pembukaan butik terbaru ini, satu instalasi khas akan dipamerkan di The Starhill Piazza bermula 13 sehingga 26 Julai 2026. Mengambil inspirasi daripada tapak pembuatan asal Audemars Piguet di Le Brassus, struktur terbuka ini menonjolkan simbolik kehalusan seni pertukangan Haute Horlogerie jenama ini.
Memeriahkan acara pembukaan butik adalah dengan kehadiran dua bintang Thailand yang juga rakan jenama Audemars Piguet iaitu Pond Naravit dan Tawan Vihokratana. Acara ini turut menampilkan kehadiran selebriti tempatan seperti Daiyan Trisha, Amelia Henderson, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Fattah Amin, Eyka Farhana dan Amir Ahnaf.

