Rencana pemasaran filem tempatan kembali meriah dengan jumlah wajib tayang yang bertambah sehingga ke penghujung tahun ini. Berikut antara yang menarik sebagai wadah tontonan semua.
Gayong 2
Setelah kejayaan mengumpul kutipan sehingga RM4 Juta menerusi penerbitan Gayong tahun lalu, produser filem ini tidak mengambil masa yang lama untuk meneruskan momentum dan kehangatan cerita yang disusun. Gayong 2 bakal ditayangkan pada 9 April ini dengan lebih aksi, keterujaan dan emosi. Lakonan yang dinanti oleh Beto Kusyairi dan Nabila Huda.
Tarung: Unforgiven
Genre aksi sentiasa menjadi fokus dalam memenuhi permintaan penonton filem tempatan. Kali ini pengarah muda Razaisyam Rashid kembali mengemudi sebuah karya layar lebar aksi bersama hero hebat tempatan seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf dan Azira Syafinaz.

Libang Libu
Beto Kusyairi bagai tidak mahu memperlahankan langkahnya. Barisan filem yang bakal ditayangkan menjadikan dia antara aktor paling laris kini. Selain Gayong 2, sebuah lagi filem aksi komedi yang diarahkan oleh Bobby Husaini dan skrip olahan Aloy Paradoks bakal menjadi tumpuan.
The Fox King
Karya pengarah indie prolifik, Woo Ming Jin (KL Zombie, Indera) yang terbaru ini sudah ditayangkan di beberapa festival antarabangsa dengan penerimaan positif daripada pengkiritik filem global. Menampilkan lakonan bakat muda Idan Aedan bersama aktres tersohor Indonesia Dian Sastrowardoyo ini mengambil latar terengganu sebagai lokasi utama.

