Langgan

Seleksi Buffet Ramadan Pilihan ELLE!

Sambut bulan mulia dengan hidangan buffet yang meriah!
2 minit untuk membaca
Published: February 23, 2026

Bulan Ramadan sentiasa dinanti sebagai waktu untuk memperlahankan rentak, memperkukuh silaturahim dan menikmati detik berbuka bersama insan tersayang. Ketahui senarai tempat buffet berbuka Ramadan yang menghimpunkan pilihan terbaik. Ia memudahkan anda merancang pengalaman berbuka yang penuh makna.

Marriot Hotel Putrajaya

Tarikh: 20 Februari - 19 Mac 2026

Marriott Hotel Putrajaya memperkenalkan buffet istimewa bertemakan Melangkaui Rasa Ramadan. Dengan lebih 100 pilihan hidangan yang memadukan cita rasa tradisi tempatan dan sajian antarabangsa. Antara tarikan utama termasuk Mee Rebus Tulang Rawan, Beehoon Sup Warisan Utara dan Nasi Briyani istimewa chef. Turut menjadi pilihan ialah Lidah Bakar Berempah serta Daging Palembang dari 7 Kawah yang kaya rasa. Pelbagai hidangan manisan turut disediakan untuk melengkapkan pengalaman berbuka, sekali gus meraikan kemeriahan dan kebersamaan Ramadan.

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Tarikh: 19 Februari - 19 Mac 2026

Menampilkan lebih 150 hidangan berinspirasikan warisan kulinari diraja Malaysia, bufet ini menyajikan rasa tradisi dengan sentuhan moden dan elegan. Dikendalikan oleh Cef Saleh, Cef Mazlan dan Cef Nazib, setiap sajian disediakan dengan teliti untuk memastikan pengalaman berbuka puasa yang lengkap. Dengan tema diraja dan pilihan menu yang pelbagai, 'Sajian Istana' sesuai dinikmati bersama keluarga, rakan atau untuk majlis korporat sepanjang bulan Ramadan.

Sajian Istana oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur

The RuMa Hotel & Residences

Tarikh: 25 Februari - 17 Mac 2026

Sajian Warisan kembali ke ATAS sempena tema pembaharuan, membawa pengalaman menjamu selera yang meraikan perjalanan rasa Malaysia. Melalui pilihan seperti Rasa Nusantara, Selera Pesisir, Warisan Rempah, Dapur Peranakan dan Manisan Tradisi. Setiap hidangan disusun sebagai refleksi identiti tempatan yang dekat di hati, kaya dengan sejarah dan tetap segar dalam persembahan moden.

Sajian Warisan oleh The RuMa Hotel & Residences

Imperial Lexis Kuala Lumpur

Tarikh: 25 Februari - 19 Mac 2026

Imperial Lexis Kuala Lumpur memperkenalkan buffet berbuka puasa, Menjamu Selera di Dapur Imperial, yang menampilkan hidangan warisan Malaysia dengan sentuhan moden dan elegan. Restoran yang anggun dan selesa ini menyajikan setiap hidangan dengan teliti, meraikan kekayaan rasa tempatan sambil mengekalkan elemen kontemporari. Ia menjadi pilihan ideal untuk berkumpul dan menikmati momen kebersamaan sepanjang bulan yang penuh keberkatan.

The Westin Kuala Lumpur

Tarikh: 20 Februari – 21 Mac 2026

The Westin Kuala Lumpur mempersembahkan buffet istimewa bertemakan Cerita Kita di Ramadan 2026. Buffet ini menggabungkan cita rasa nostalgia dengan suasana meriah bazar. Disediakan oleh Cef Eksekutif Arfizan Rahim bersama pasukan The Living Room yang diperakui Halal. Dengan ruang al-fresco berinspirasikan bazar dan kepelbagaian hidangan, para tetamu dapat menikmati aroma dan rasa sambil merasai pengalaman berbuka puasa yang lebih bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan.

Cerita Kita oleh The Westin Kuala Lumpur

Park Hyatt Kuala Lumpur

Tarikh: 23 Februari - 15 Mac 2026

Park Hyatt Kuala Lumpur mempersembahkan Irama Rasa. Sebuah pengalaman bufet di menara tertinggi di Malaysia. Mengangkat konsep menjamu selera di atas langit Kuala Lumpur, Irama Rasa menampilkan sajian berteraskan warisan Malaysia yang diperkaya dengan sentuhan kulinari global. Diilhamkan oleh keindahan ritual bulan mulia, Irama Raasa bukan sekadar sebuah buffet tetapi sebuah perjalanan rasa yang menghimpunkan kenangan, tradisi dan keindahan detik berhimpun dalam satu pengalaman yang elegan dan bermakna.

Irama Rasa oleh Park Hyatt
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down