Langgan

Siri Severance: Teori, Momen dan Easter Eggs yang Menggemparkan Peminat Tegar

Dicalon 27 kali di Anugerah Emmy for a reason.
2 minit untuk membaca
Published: July 31, 2025

Genius dalam setiap bentuk. Itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan Severance dalam satu frasa. Siri mengusik minda ini baru sahaja menghirukkan industri hiburan dengan penerimaan 27 pencalonan di Anugerah Emmy dua minggu lalu. Minat kami terhadap siri Severance semakin mendalam selepas tontonan kali kedua. Terdapat begitu banyak easter eggs yang terlepas pandang pada tontonan pertama! Namun, ELLE akan pastikan bahawa anda tidak mengalami perkara yang sama. Inilah momen-momen jaw dropping dan head turning dalam siri Severance yang menjadikan kami semakin obses dengannya. All hail Reddit users, honestly.

1. Nota ‘ding’ di dalam lif

*Adjusts glasses* Tahukah anda? Secara keseluruhan, terdapat tiga nota utama yang dapat didengari dalam adegan lif di pejabat Lumon:

  • G: Menandakan permulaan peralihan Severance
  • C#: Menandakan tamatnya peralihan Severance
  • Bb: Digunakan untuk kegiatan umum di lif (naik turun aras, menahan pintu, dan lain-lain)
  • B: Digunakan apabila sesuatu yang luar biasa sedang berlaku

Menariknya, inilah antara cara halus yang digunakan oleh pengarah untuk memberi petunjuk bahawa Helena sebenarnya ialah ‘Outie’ ketika berada di pejabat Lumon dalam musim kedua. Tiada kedengaran nota G atau C# ketika Helena turun dan melangkah masuk, satu perincian kecil yang penuh makna!

2. Mengapa Mark versi ‘Innie’ dan ‘Outie’ mula bertelagah pada musim kedua?

Mark versi ‘Outie’ memanggil Helly sebagai “Helleny” ketika merakam video untuk Mark ‘Innie’. Dalam episod tersebut, jelas kelihatan riak wajah Mark ‘Innie’ mula berubah, tanda kemarahan mula timbul. Ini mencerminkan kembali momen apabila Helena memanggil Gemma sebagai “Hannah” di hadapan Mark ‘Outie’. 

Note to self: Jangan sesekali tersalah panggil nama wanita yang dicintai oleh Mark!

3. Bau boleh mengganggu prosedur Severance

Masih ingat dalam musim pertama, ketika Mark S. dan Ms. Casey berdua-duaan di Wellness Room? Bau lilin milik Gemma telah dicuri dan dibakar semasa sesi tersebut oleh Ms. Cobell. Akibatnya, Mark mula terpengaruh secara emosi dan mengukir gambar pokok yang dikaitkan dengan ‘kematian’ Gemma.

Sumber: Screenrant

4. Cip ID di Cold Harbor adalah milik Helly, bukan Gemma

ID Gemma: 400263-280 (Ditemui di fail Drainesville)

ID Helly: 109827-2938 (Ditemui di fail Cold Harbor)

Satu lagi perkara yang menimbulkan syak wasangka adalah perkaitan antara soalan yang ditujukan kepada Gemma dengan penderitaan yang dialami oleh Helly R.

Soalan yang ditujukan pada Gemma adalah "Jika anda terperangkap di dalam banjir lumpur, adakah anda lebih takut mati dicekuk atau mati lemas?", yang dimana Gemma menjawab "Mati lemas".

Helly adalah satu-satunya pekerja yang mengalami peristiwa dicekuk dan dilemas. Bolehkah pengalaman traumatiknya dijadikan salah satu data yang ditapis oleh ahli MDR tanpa diketahui? Yang menambah seram sejuk lagi, ketika muka Gemma ditunjuk di fail Cold Harbor, nombor ID Helly yang dicatat pada skrin.

5. Rickens adalah kambing?

Tiada istilah 'had' ketika berbicara tentang Severance. Teori ini adalah yang paling pelik namun juga paling menarik dan seronok. Semua sudah sedia maklum tentang penampilan berterusan kambing sepanjang rancangan. Namun peminat-peminat lebih tertanya setelah malam pembacaan buku Rickens.

  1. Rickens menggunakan 'Cowbell' untuk memanggil tetamu-tetamunya, yang juga digunakan di dalam pejabat Severed Lumon untuk memanggil kambing-kambing.
  2. Kedengaran suaranya ketika membaca buku juga adalah seperti seekor kambing.
  3. Komen Devon tentang Rebecca pada Mark: "Rebeck berbau pelik. Dia membuat bunyi seperti mengunyah, namun dia tidak mengunyah."

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down