Langgan

Kilauan Piaget Polo 79 Two-Tone

Dimensi baru
1 minit untuk membaca
Published: January 29, 2026
Piaget Polo 79 Two-Tone

Emas menjadi sumber kreativiti Piaget. Sekitar tahun 1969 ketika maison memperkenalkan Koleksi Abad ke-21, dengan pengenalan satu siri jam tangan barang kemas emas avant-garde Swinging Sautoirs ia menjadi satu penyatuan sempurna antara sejarahnya dalam pembuatan jam dan barang kemas. 

Emas dileburkan teliti di Geneva dan menjadi kanvas bagi ciptaan jam tangan dan barang kemas. Tahun 1970-an menyaksikan kemunculan jam tangan sukan keluli yang elegan, namun tiada yang dapat menandingi penciptaannya sebagai sebuah jam tangan lasak dan elegan.

Sebagai pencinta sukan ekuestrian, Yves Piaget menggabungkan kecintaannya terhadap sukan polo dan gaya hidup mewah ke dunia jam tangan sebelum mentakrifkan definisi glamor era 1980-an. Ia dipakai secara semula jadi sama ada di kelab polo Palm Beach mahupun di Chez Regine, New York.

 

Legasi Beterusan

Setelah 45 tahun selepas kemunculan perdana, koleksi ini dilahirkan semula dengan jelmaan Piaget Polo 79. Ia seiring dengan ulang tahun ke-150 maison. Dianugerahkan gelaran “Jam Tangan Ikonik” di GPHG 2024, kebangkitan semula ini bermula dengan kembalinya ikon tersebut dalam emas kuning yang bersinar, diikuti pada tahun 2025 dengan versi emas putih yang lebih halus.

Tahun ini, Piaget memperkenalkan versi “Two Tone” sebagai satu penyatuan harmoni yang mengimbau kembali salah satu penciptaan asal Piaget Polo pada tahun 1979. Ia direka khusus untuk penggemar jam tangan yang mengikuti transisi rubah jenama ini.

Berlandaskan falsafah "Masa harus diukur dalam emas”, ia berakar kukuh sebagai penciptaan yang memacu dunia kreatif penciptaan jam tangan. Edisi Two Tone ini menampilkan penguasaan seni pertukangan.

Bekas dan pergelangannya disempurnakan dengan emas putih. Satu interaksi logam yang cukup teliti ini mewujudkan satu pengamatan mendalam pada seni visual dan tekstur. Ia juga mengekalkan gaya tersendiri edisi ini sebagai jam tangan yang diperhalusi penciptaannya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down