Langgan

Pameran Kontemporari Seabad Warisan Panerai

Sambutan 100 tahun Panerai.
1 minit untuk membaca
Published: August 4, 2026

Mula diperkenalkan pada tahun 1926, Panerai meraikan ulang tahun ke-100 butik di butik asal yang terletak di di Piazza San Giovanni, Florence tahun ini. Warisan maison dikekalkan dalam struktur asal dengan papan tanda ikonik ‘OROLOGERIA’.

“Ada destinasi tertentu dalam sejarah maison yang memainkan peranan asas dan sangat istimewa. Butik kami di Florence merupakan salah satu tunggak utama dalam sejarah Panerai yang menjadi ruang untuk kami berkongsi kepakaran pembuatan jam tangan, warisan serta inovasi yang diterapkan dalam setiap ciptaan kami kepada pelanggan antarabangsa.” kata Emmanuel Perrin, Ketua Pegawai Eksekutif Panerai.

Di bawah nama “Orologeria Svizzera” peralihan pada tahun 1926 menandakan satu detik penting dalam perjalanan perniagaan milik keluarga yang kemudiannya berkembang menjadi nama yang disegani dalam industri pembuatan jam tangan antarabangsa.

Butik Panerai di Florence tidak hanya bergerak sebagai ruang pameran dan jualan bagi keluarga Panerai namun ia berfungsi sebagai bengkel kerja di mana tenaga mahir menghasilkan dan memperbaiki jam tangan dengan penuh ketelitian sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

Peranan sebagai butik dan bengkel ini menjadi cerminan komitmen awal Panerai terhadap ketukangan, ketepatan serta kecemerlangan teknikal yang terus menjadi teras identiti jenama tersebut hingga ke hari ini.

Bagi meraikan pencapaian penting ini, jenama ini akan menganjurkan sebuah pameran kontemporari bertajuk ‘Immersion’ di Museo Marino Marini, Florence bermula 10 sehingga 19 September. Pada masa yang sama, butik bersejarah itu akan menjadi lokasi pelbagai acara istimewa yang yang dirancang bagi meraikan pencapaian 100 tahun jenama ini.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down