
Kira-kira empat dekad lalu, warisan Chopard - Karl-Friedrich Scheufele meyakinkan bapanya untuk menghasilkan sebuah jam tangan keluli tahan karat sporty yang mencerminkan gaya hidup St. Moritz. Koleksi yang diberi nama Alpine Eagle tercipta pada tahun 1980 menjadikan ia sebagai satu ikon baru.
Tahun ini, rona fuchsia pada penciptaan jam tangan Alpine Eagle oleh Chopard mencuri perhatian setiap mata yang memandang. Fokus pada penciptaan kali ini adalah untuk meraikan hari kekasih dengan ilham kemewahan. Biar setiap mata yang memandang cemburu dan beriltizam memilikinya juga.
Bab baru Alpine Eagle 41 mm diinspirasikan daripada landskap Alpine yang menampilkan dail ‘Rock Jasmine’. Menambah manis pada rekaan, tali getah yang sinonim dengan ilham maskulin disimbah sepenuhnya rona fuchsia dalam pesona cukup feminin dan menyerlah saat dipakai di pergelangan tangan.
Kali ini Chopard meneruskan penciptaan kaliber mekanikal dengan dengan gerakan rasmi Chopard 01.01-C. Ia bernadi sebagai penciptaan kronometer yang utuh ketepatan waktu dan sekali gus membuktikan bahawa jenama ini komited dalam penciptaan jam tangan berestetika tinggi.

Inspirasi Penciptaan
Penciptaan dail yang bergerak sebagai satu penghormatan kepada keindahan penciptaan bunga Androsace Alpina yang dipercayai mekar di kawasan beraltitud tinggi. Tekstur asas dengan rekaan timbul pada dail disempurnakan dengan jarum detik saat dan jam yang bersalut teknik Super-LumiNova Gred X1. Ia bercahaya pada dengan kadar kebolehbacaan optimum dalam apa jua keadaan.
Tali getah rona terang menciptakan sesuatu yang seimbang antara kreativiti penciptaan serta gaya. Sleek bertemu sporty menjadikan ia sebagai ilham yang cukup ringan tetapi lasak dan kalis air. Ia menjadi kemunculan perdana pada edisi 41 mm yang memberi nadi baru untuk jam tangan ikonik ini terus mencipta momennya.
Landskap Baru Alpine 36
Koleksi jam tangan Alpine Eagle Summit mengalu-alukan kehadiran model berdiameter 36 mm yang menampilkan dail ‘Rock Jasmine’ serta bezel sepadan yang dihiasi dengan nilam potongan baguette dalam rona merah jambu. Disempurnakan dengan tali emas kuning beretika 18 karat dan dihidupkan dengan sistem gerakan Chopard 09.01-C, yang mana ketepatan pelarasannya disahkan melalui pensijilan kronometer.
Dail ‘Rock Jasmine’ kini ditampilkan pada jam tangan siri Summit berdiameter 36 mm. seperti Aletsch Blue, Bernina Grey dan Pitch Black. Pemilihan rona-rona ini diinspirasikan oleh palet warna semula jadi banjaran Alpine.
