Langgan

Ruang Baru Serba Mewah Jaeger-LeCoultre

Jejak mewah Jaeger-LeCoultre
2 minit untuk membaca
Published: August 29, 2025

Setelah melalui satu transisi perjalanan panjang sejak mula membuka pintunya di Kuala Lumpur pada tahun 1999, jenama jam tangan Jaeger-LeCoultre menerajui sebuah kelangsungan dunia horologi dengan penuh gemilang. Tahun ini menjadi tahun lebih manis buat jenama ini pabila membuka kembali pintu di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih mewah.

Dengan rekaan serba baru yang ditafsir semula, ruang butik ini menjadi cerminan dedikasi maison terhadap warisan, seni pertukangan halus dan gaya yang lestari. Pembukaan ini turut mengukuhkan Malaysia sebagai salah satu sejarah penting Jaeger-LeCoultre — sebagai lokasi lahirnya butik mono-jenama pertama Maison ini lebih dua dekad yang lalu.

Inspirasi Rekaan Valee De Joux

Di sebalik fasad kaca yang memancar cahaya, butik ini melalui satu transformasi yang mengangkat inspirasi daripada estetika Vallée de Joux — iaitu lokasi Jaeger-LeCoultre yang terletak di Banjaran Jura, Switzerland. Tekstur organik, palet warna semulajadi, serta hamparan karpet berinspirasikan isi alam membangkit ketenangan landskap destinasi tersebut.

Seni rekaan butik ini diperhalusi dengan ilham Art Deco pada perincian setiap sisi sebagai satu penghormatan kepada rekaan ikonik jam tangan Reverso. Susun atur moden berkonsep terbuka, disatukan dengan pencahayaan terang bagi mewujudkan suasana yang lebih mesra buat pengunjung.

Di sini, menjadi ruang pencinta jam tangan menyelami sepenuhnya semangat Maison sambil menyingkap keindahan karya horologi Jaeger-LeCoultre.

Sharifah Rose
Sharifah Rose
Adam Lee
Adam Lee
Syamim Freda
Syamim Freda
Anzalna Nasir
Anzalna Nasir
Wulandary Herman
Wulandary Herman
Sweet Qismina
Sweet Qismina

Acara ELLE x Jaeger-LeCoultre

Satu acara kolaborasi istimewa jenama ini bersama ELLE turut diadakan. Kehadiran selebriti seperti Anzalna Nasir, Sweet Qismina, Adalm Lee, Sharifah Rose, Syamim Freda dan Wulandary Herman memberikan pendedahan akan cerita sebuah warisan, sejarah dan ketulenan pembuatan jam tangan bermutu tinggi.

Setiap mereka diberi peluang mendalami isi cerita penghasilan jam tangan dan lebih istimewa menyarung koleksi terpilih. Pengalaman gastronomi di ruang kafe baru yang diberi nama 1931 CAFÉ, sebagai satu ruang santai untuk pengunjung meresapi semangat Reverso dan seni Art Deco yang diterapkan di sini.

Menjadikan butik ini lebih istimewa, sebuah VIP Lounge disediakan bagi pengunjung yang mahukan privasi. Ia juga boleh diubah menjadi bilik tontonan eksklusif, sesuai untuk tayangan video atau filem khas dan juga sesi lebih dekat antara pengunjung dengan petugas di butik ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down