
Seperti magis, Cartier mengubah sifat pada penghasilan jam tangan menjadi sesuatu yang diluar jangka. Koleksi Tressage menjadi bukti akan magis yang dimaksudkan - mencetus satu revolusi pada ilahm jam tangan dan keanggunan.
Cartier Tressage meneruskan legasi jam tangan Maillon, Coussin dan Reflection yang sudah pun termaktub dalam sejarah penciptaan jenama Cartier. Kali ini dengan gabungan emas, rekaan menyerlah dan penggunaan bahan berkontras mencipta satu pentafsiran baru Tressage.
Perhatian permukaan jam tangan ini yang dihasilkan seperti dua lilitan emas yang mencuri pandangan. Di satu sisi yang lain pula anda dapat melihat kemasan permata pavé yang menyempurnakan penghasilan Cartier Tressage sebagai sesuatu yang cukup anggun dan mewah.

Menongkah arus dalam penciptaan konvensional, penghasil jam tangan sentiasa melihat nilai tambah yang lebih mampu menjadikan penghasilannya lebih menyerlah. Oleh itu, tatahan permata dengan terampilan tali kulit menjadikan ia sesuatu yang bervisi baru.
Menerusi legasi penciptaa, bentuk bulat berkontras dengan garisan, permukaan licin berlawanan dengan kehalusan timbul pavé dihasilkan. Cartier percaya pada penghormatan terhadap legasi Jeanne Toussaint, pengarah kreatif wanita pertama di Cartier harus diteruskan.
Mengikut jejak langkahnya, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan mampu menghasilkan kesan dan kilauan yang tiada batasnya. Ia menjadi lambang kemewahan dan keanggunan dalam penciptaan.