Langgan

Rouge Coco Hydra Gloss: Glos Bibir, Obsesi Baharu

Chanel Makeup Creation Studio memperkenalkan Rouge Coco Hydra Gloss dengan warna yang menyerlah dan keselesaan yang berkekalan.
2 minit untuk membaca
Published: July 19, 2026
Rouge Coco Hydra Gloss
Gambar ihsan Chanel

Kecantikan hari ini semakin menjadi medium ekspresi diri dengan solekan yang tidak lagi terikat pada trend atau peraturan tertentu. Ada masanya warna-warna berani pada mata menjadi pilihan dan ada juga ketika garisan eyeliner grafik atau bibir merah klasik lebih menyerlahkan personaliti. Selain warna, tekstur turut memainkan peranan penting, dengan pilihan kemasan daripada matte baldu yang sofistikated sehingga satin bercahaya dan kilauan berkilat yang mengundang kreativiti.

Meraikan semangat individualiti ini, Chanel Beauty memperkenalkan Rouge Coco Hydra Gloss, glos bibir generasi baharu yang menjadikan bibir sebagai tumpuan utama. Diformulasikan untuk memberikan kilauan tanpa mengorbankan keselesaan, ia menggabungkan kemasan berkilat tinggi yang menyerlah dengan manfaat penjagaan bibir yang canggih, menghasilkan penampilan yang bukan sahaja menarik, malah terasa selesa sepanjang hari Hasilnya ialah kilauan seakan cermin yang menangkap dan memantulkan cahaya serta-merta, menyerlahkan kontur semula jadi bibir hanya dengan satu sapuan. Di sebalik kemasan bercahayanya, Rouge Coco Hydra Gloss diperkaya dengan ramuan berinspirasikan penjagaan kulit, termasuk ceramide camellia yang dibangunkan oleh pasukan Chanel Research serta Hydra-Peptide Complex yang inovatif.

Rouge Coco Hydra Gloss
Gambar ihsan Chanel

Formula ini bertindak pada dua tahap. Sejurus selepas aplikasi, Hydra-Peptide Complex membantu melembutkan dan menghidrat bibir sambil memberikan kesan bibir yang tampak lebih penuh serta perlindungan antioksidan. Sepanjang hari, ceramide camellia membantu mengukuhkan penghalang kulit, menyokong hidrasi berterusan dan memastikan bibir kekal lembut, anjal serta selesa. Dengan hidrasi sehingga 24 jam, ia merupakan glos bibir yang terasa sama hebat seperti penampilannya.

Aplikasinya juga cukup mudah. Gloss ini hadir dengan aplikator berbentuk kepompong yang direka khas oleh Chanel untuk mengikut lengkung semula jadi bibir sambil menyalurkan jumlah produk yang ideal. Apa yang lebih mengagumkan mungkin teksturnya sendiri. Ringan dan tidak melekit, ia meluncur dengan mudah pada bibir memberikan keselesaan berpanjangan sambil menjadikan bibir kelihatan lebih licin, penuh dan berseri.

Rouge Coco Hydra Gloss
Gambar ihsan Chanel

Rouge Coco Hydra Gloss menyerlah sama ada dipakai secara solo mahupun digayakan sebagai sebahagian daripada penampilan berlapis. Pakainya secara sendiri untuk kemasan segar dan bercahaya atau sapukan di atas gincu Rouge Coco bagi menambah dimensi dan personaliti pada warna pilihan anda. Bagi mereka yang gemar bereksperimen, cuba lapiskan rona pearlescent di bahagian tengah bibir untuk memantulkan cahaya dan mencipta ilusi bibir yang lebih penuh.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down