Apabila generasi millennial melangkah ke usia 40, mereka mengubah sepenuhnya definisi sebenar “pertengahan usia”. Jauh berbeza daripada stereotaip membeli kereta sport mewah atau dilanda krisis, usia 40 bagi millennial kini menjadi saat refleksi dan penyesuaian semula hidup. Ramai yang memilih untuk menukar haluan kerjaya, mengutamakan rutin kesihatan dan kesejahteraan, meneroka sisi kreatif seperti mencuba hobi baharu, serta menilai kesihatan mental mereka.
Apa Sebenarnya di Sebalik Midlife Millennial?
- Midlife bukanlah krisis emosi ataupun meltdown, ia adalah momentum untuk terus membina keyakinan diri.
- Usia 40-an kini adalah simbol kematangan, keanggunan dan kesedaran diri yang lebih mendalam.
- Tekanan ekonomi membentuk versi pertengahan hidup yang lebih matang dan berevolusi.
Selebriti-selebriti ini membuktikan bahawa usia meningkat bukan sekadar nombor, tetapi manifestasi gaya hidup yang lebih mewah, matang dan hebat:
1. Anne Hathaway (42)
Apabila Anne Hathaway melakonkan watak seorang ibu berusia 40-an dalam filem The Idea of You, ramai yang merasakan dia kelihatan terlalu muda untuk menjayakan watak itu. Is she aging... backwards?
2. Beyoncé (43)
Tiada apa yang menghalangnya...bahkan usianya! Beyoncé membuktikan bahawa umur hanyalah sekadar angka.
3. Katy Perry (40)
Penceraian tidak bermakna kehidupan harus terhenti. Katy Perry membuktikan bahawa wanita mampu bangkit semula meskipun menjejak usia 40-an!
4. Lindsay Lohan (39)
Dengan kemunculan siri kedua Freaky Friday selepas 22 tahun, Lindsay Lohan jelas menua dengan anggun and we love this for her!

