Melayang, bertualang tinggi! Menuangkan pengalaman indah tiada terpermanai lagi. Pesawat COACH Airways membicarakan dua dunia: realma kembara udara di atas sehamparan darat A’Famosa Melaka. Ia diimaginasikan semula – lebih ekspresif, lebih berani dan lebih bertenaga, seturut dengan semangat generasi masa kini.

“Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke penerbangan COACH Airways…” Lewat suara yang serba manis, mengucapkan selamat saat pesawat mula terbang di balik gugus mega. Sebakul nikmat pengalaman itu COACH bawa ke Freeport A'Famosa Outlet, di Melaka buat yang bertandang. Pembukaannya dirasmikan pada tahun 2023 dan beranjak ke dua tahun setelah binaan COACH Airways ini meronai Freeport A’Famosa Outlet, rupa keseluruhannya diperbaharui. Diubah suai. Dan, diimaginasikan semula.

Tema retrospeksi dijulang oleh kali ini – yang mengimaginasikan semula konsep, menabur idea atau konsep fantasi Space Age dengan retro-futuristic chic, merujuk citra era keemasan kembara udara.Menyahajakan simbahan rona panas pada bahagian dalaman untuk membangkitkan nuansa mesra dan permaidani yang sarat motif logo monogram COACH bagi menghebatkan konsep retro. konsep keseluruhan disempurnakan lagi rupa hiasan dalamannya dengan maskot ikonik COACH yakni Rexy.
Amat imersif! COACH Airways berpapasan arus dan menjangkaui tanggapan, menerusi pengalaman kunjungan ke dalam kapal terbang Boeing-747 yang sebenar. Malah, dilengkapi lorong udara yang mereplikakan lorong udara sebenar, pada bahagian pintu masuk. Kurasi membeli-belah di dalam kapal terbang Coach mencerminkan semangat kuat inovasi dan sifat distingtif untuk dikongsikan bersama generasi masa kini.




