

Matiere Premiere yang bermaksud “Raw Materials” dalam bahasa Perancis merangkumi falsafah mencipta wangian seikhlas bahan asalnya. Setiap haruman dibina di sekeliling satu bahan semula jadi utama, digunakan pada dos tertinggi untuk menyerlahkan kekuatan aslinya. Dengan komitmen terhadap kualiti dan etika, jenama ini memilih bahan-bahan terbaik dari seluruh dunia mengutamakan hasil organik dan lestari dalam setiap semburan.
Top 3 Haruman Matiere Premiere Pilihan ELLE:
- Vanilla Powder (Terbaik digunakan sebagai semburan harian signature anda)
Bau seperti: Pencuci mulut beraroma vanila, haruman hangat, manis dan berkrim, disulami sentuhan karamel dan bunga yang lembut seolah-olah bau kek baru keluar dari oven.
Key notes: Kontras antara vanila gelap dan kayu Palo Santo putih.
Saiz & harga: 50ml (RM1,030) / 100ml (RM1,480)
Rating ELLE: 4.5/5 bintang
2. Parisian Musc (Untuk si gadis berani yang mahu menonjol)
Bau seperti: Bersih dan ringkas, aroma kayu yang berkrim dengan sentuhan manis. Menenangkan tetapi tidak berat. Seperti baju kapas putih yang segar dalam bentuk minyak wangi.
Key notes: Biji Ambrette Peru dan Minyak Cedar Virginia
Saiz & harga: 50ml (RM1,030) / 100ml (RM1,480)
Rating ELLE: 4.5/5 bintang
3. Radical Rose (Not your typical rose scent, but elevated)
Bau seperti: Radical Rose ialah masterpiece floral yang penuh intensiti untuk wanita femme fatale, mencabar stereotaip kewanitaan yang biasa.
Key notes: Letusan mewah Rose Absolute
Saiz & harga: 50ml (RM1,030) / 100ml (RM1,480)
Rating ELLE: 4/5 bintang

