Rahsia disebalik gaya on-point influencer kegemaran anda!

Dalam dunia fesyen yang serba pantas, hari yang sempurna sering kali bergantung kepada perincian kecil. Di antara jadual yang padat dengan mesyuarat, acara industri dan lawatan ke showroom, golongan fashion girlies tahu bahawa rahsia untuk kekal on-point sepanjang hari terletak pada apa keperluan asas yang mereka bawa di dalam beg tangan.
Oleh itu, kami sempat mengintip ke dalam beg dua ikon gaya tempatan, Kaarthini dan Marsha, untuk mengbongkar apakah ‘senjata’ kecantikan yang sentiasa menjadi penyelamat mereka. Mari kita mulakan dengan rahsia bibir yang sempurna:
Definisi ‘Pout’ Yang Sempurna bersama Kaarthini
Bagi Kaarthini, ketepatan adalah kunci. Sama ada dia bergegas ke mesyuarat pagi atau menikmati makan malam, ada satu barang yang menjadi item untuk sentuhan pantas. Produk pilihan Kaarthini ialah brown lipliner, terutamanya Sunnies Face Lip Tracer dalam rona Tablea. Item multifungsi ini sangat penting bagi rutin hariannya. Kaarthini mengakui tidak pernah memakai gincu atau lip gloss tanpa pensel bibir ini. Ia bukan sekadar memberi definisi, malah menaikkan seri wajah secara drastik, ia membuatkan dia berasa “kosong” jika tertinggal di rumah.
Tampil Yakin, Harum & Menawan bersama Marsha
Bagi Marsha, kecantikan bukan sekadar apa yang dilihat pada pandangan mata, tetapi tentang kesan haruman yang ditinggalkan untuk memberi impak berpanjangan. Menjadikan parfum, hair mist dan gincu sebagai keperluan asas, ritual ini bukan sahaja membina keyakinan diri malah memberi keselesaan buat mereka di sekeliling. Dengan hanya secalit rona bibir untuk kesegaran segera, Marsha menterjemah kecantikan sebagai satu gaya yang ringkas, berkesan, dan sentiasa bersedia.
Akhirnya, beauty essentials ini bukan sekadar alat solek. Ia juga bertindak sebagai perisai untuk para 'fashion girlies' supaya sentiasa bersedia dengan gaya yang sempurna.

