Langgan

5 Produk Kecantikan Terbaru Mesti Miliki Minggu Ini

Daripada alat peranti kecantikan hinggalah item solekan, kami senaraikan yang menarik mesti anda miliki bulan ini.
2 minit untuk membaca
Published: February 19, 2026

Daripada alat peranti kecantikan hinggalah item solekan, kami senaraikan yang menarik mesti anda miliki bulan ini.

1) Dicipta khas buat tona kulit wanita Asia, jenama kecantikan yang popular dalam menggabungkan manfaat penjagaan kulit wajah di dalam solekan ini hadir dengan kusyen kompak baru. Hadir dalam empat rona dan diperbuat daripada emas 24 karat bersama aroma signature sebagai inti pati kusyen, formulasi baharu ini akan memberikan hasil solekan yang lebih segar, tahan lama, berkemasan mulus dan berseri. Guerlain Parure Gold Skin Mesh Cushion 

2) Sebuah fenomena baru dalam dunia peranti LED buat penjagaan wajah. Peranti yang dicipta dengan lampu yang cukup ekstrem dan berkuasa dipatenkan dalam lensa berbentuk berlian dan mampu menyemarakkan cahayanya dalam pelbagai sisi. Gunakan secara harian dalam 10 minit, panel dengan 512 kuasa profesional LED ini mampu mengurangkan tanda penuaan dan cela. Foreo FAQ™ Dual LED Panel

3) Hermès mempersembahkan jilid terakhirnya, ‘An Oriental Dream’ buat koleksi haruman Hermessence dengan memperkenalkan haruman terbaru. Agar Ébène, Santal Massoïa, Ambre Narguilé dan Vétiver Tonka antara yang menyemarakkan deria bau si pemakainya. Pilihan kami sudah tentu Agar Ébène yang disinari dengan nota kayu agar yang hangat bersama kesegaran tumbuhan balsam fir. Hermès Hermessence “An Oriental Dream” Agar Ébène

4) Serum terkini daripada Estée Lauder ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan formulasi penuh kuasa. Mengaktifkan kolagen dalam pelbagai lapisan menerusi teknologi peningkatan kolagen dengan kepekatan 10 kali ganda inti pati Hexapeptide-8 iaitu protein seakan Botox serta Hexapeptide-9 dan Biotech Collagen baru bagi manfaat pembentukan semula wajah yang lebih ketara. Estée Lauder Revitalizing Supreme+ Sculpting Serum

5) Memperkenalkan gincu bibir yang merai bibir dalam gaya yang tersendiri. Dicipta buat wanita yang bukan sekadar mengikut trend tetapi berpegang kepada karakter unik mereka. Pernah dilancarkan sebelum ini, kini kembali dalam versi yang lebih segar dan moden. Hadir dengan 20 rona ikonik merangkumi rona semula jadi, merah klasik ke merah jambu lembut, gincu ini beri kemasan pusam mulus penuh glamor. YSL Beauty YSL The Slim

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down