Langgan

Sentuhan Matte Yang Menyempurnakan Bibir Bersama Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick

Gincu KissKiss daripada Guerlain kini tampil dengan formula mewah yang pasti membuat bibir anda jatuh cinta.
2 minit untuk membaca
Published: June 21, 2026
Gambar ihsan Guerlain

Selama lebih dua dekad, gincu KissKiss daripada Guerlain kekal sebagai ikon kecantikan yang sentiasa berevolusi mengikut cita rasa wanita moden. Daripada salap bibir sehinggalah ke gincu berpigmen tinggi dengan pelbagai kemasan couture, KissKiss sentiasa meraikan keindahan bibir yang sempurna. Kini, rumah kecantikan ini memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu gincu madu pertama yang kalis ciuman dengan ketahanan sehingga 24 jam serta kemasan matte yang cukup selesa dipakai, yakni Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick

Di sebalik dunia Guerlain, lebah menjadi simbol warisan dan inspirasi alam semula jadi yang sentiasa mempengaruhi pendekatan kreatif jenama ini. Untuk formula generasi baru ini, Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick menggabungkan khazanah terbaik dari sarang lebah dengan teknologi kosmetik termaju. Gabungan eksklusif dua polimer inovatif bekerja seiring dengan bahan aktif berasaskan madu bagi memberikan keselesaan optimum, lekatan sempurna dan ketahanan warna sepanjang hari.

Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick
Gambar ihsan Guerlain

Kini KissKiss memperoleh keistimewaannya daripada ramuan semula jadi terbaik antaranya madu dan lilin lebah yang memberikan tekstur yang lembut dan mudah meluncur pada bibir sambil mengekalkan kelembapan. Royal Jelly membantu merangsang penghasilan asid hialuronik untuk bibir yang tampak lebih penuh dan anjal. Manakala ekstrak propolis pula menawarkan kesan melicinkan serta membantu meningkatkan kolagen untuk bibir yang lebih sihat dan halus.

Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick
Gambar ihsan Guerlain

Diperkaya dengan teknologi polimer inovatif, formulanya memastikan warna kekal lebih lama dengan pemindahan minimum namun tetap terasa ringan pada bibir. Hasilnya adalah koleksi 20 rona pigmen tinggi dengan kemasan matte kabur dan mudah digayakan. Pilihan rona yang ditawarkan juga cukup menawan: lima rona nude, lima merah dramatik, lima merah jambu romantik, dua plum mewah dan tiga rona oren berani. Semuanya direka untuk menyerlahkan kecantikan bibir dengan warna yang mendalam.

Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick
Gambar ihsan Guerlain

Melengkapkan pengalaman ini ialah haruman baharu ciptaan Delphine Jelk, Pengarah Kreatif Haruman di Guerlain, yang mengolah semula identiti wangian KissKiss menerusi gabungan nota madu, bunga oren serta vanila. Ia meninggalkan jejak gourmand yang mempesona setiap kali dipakai.

Transformasi Guerlain KissKiss Blur Matte Lipstick turut diterjemahkan pada reka bentuk sarungnya. Kini tampil lebih langsing, boleh diisi semula dan direka untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Mengekalkan sinaran emas ikoniknya, tiub berfaset ini dihiasi motif sarang lebah untuk pengalaman sentuhan yang lebih mewah.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down