Langgan

Gaya Rambut Baharu Selebriti yang Curi Tumpuan di Minggu Fesyen

New Hair, Who This?
1 minit untuk membaca
Published: October 7, 2025

Minggu Fesyen bukan sekadar tentang busana, ia juga tentang transformasi diri. Musim ini, beberapa selebriti mencuri tumpuan bukan hanya dengan gaya front row, tetapi dengan gaya rambut baharu yang menjadikan setiap penampilan lebih memukau.

Pamela Anderson — The ’80s Revival Bob

Pamela Anderson

Big, bold and full of attitude. 80s bob kini kembali mencipta fenomena. Bekas bintang siri Baywatch ini memperkenalkan gaya rambut potongan pendek dengan sentuhan retro di persembahan fesyen Mugler koleksi Bunga/Panas 2025 di Paris baru-baru ini, menyerlahkan pesona moden yang mengimbau nostalgia.

Kim Kardashian — The Effortless Chop

Kim Kardashian

Kim Kardashian muncul dengan gaya potongan pixie baharu yang begitu sleek di pertunjukan fesyen koleksi Maison Margiela, memberikan nafas segar pada gayanya. Ringkas, elegan dan cukup moden. Tapi jujur… kita semua tahu siapa inspirasi sebenar di sini... hi, Kris Jenner!

Nicole Kidman — Pesona French Fringe

Nicole Kidman

Lembut, beralun dan berinspirasikan gaya Paris. Stail rambut French fringe yang digayakan oleh Nicole Kidman menjadi bualan hangat di pertunjukan fesyen Chanel malam tadi. Gaya ini sempurna, effortless tetapi tetap elegan.

Jennie - Curls Take Centre Stage

Jennie Blackpink

Jennie sekali lagi mencuri perhatian di pertunjukan Chanel Spring/Summer 2026, kali ini dengan gaya rambut yang menawan, rambut ikal effortless namun penuh pesona. Penampilan Jennie cukup kena dengan koleksi Chanel kali ini — moden, tenang dan sempurna.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down